Tabung Elektronik

Saturday, July 28, 2012

TOO DISCRIMINATE (?)


Ustaz dan ustazah FB semakin ramai. Boleh diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan.

It is good. Very good.

Aku, kalau post sesuatu yang baik baik, atau mungkin kelihatan baik baik,. Tak bermaksud aku menasihati orang. Kalau ada yang terkesan, alhamdulillah.

Bagi aku, aku shared post atau apa saja, itu bermaksud untuk diri aku.
Pasal solat ke,
Puasa ke,
Couple ke, (jarang ambik port sekarang)
Motivasi ke, . .

Anything.

Itu semua untuk aku. Sebab I am no perfect.

So, tentang ustaz dan ustazah FB. (maaf menggelarkan begini) Take it easy eh?

Ramai di antara mereka ni lantang bersuara tentang aurat.
Which is bagus.
Ramai share quote dari ustaz azhar 'Ingat boleh masuk neraka sekejap sekejap?'

I do agree.

'Pakailah stoking, tutuplah dada dan sebagainya lagi.. aurat wanita untuk suami.. mekap untuk suami..'

Yes, itu semua fakta.

Cuma aku tak berkenan cara. Yes, cara.

Please la. Nampak perempuan free hair bertudung time puasa tetiba post 'Harap pakai tudung tak bermusim etc'

To us yang dah bertudung ni, mungkin nampak biasa. Nada post tu okay okay je. Aku pun pernah like. Like tak bermaksud setuju 100%.


Tapi cuba fikir perempuan yang tak bertudung tapi nak (ada jugak lah niat bertudung) walaupun hanya tukar DP atau default pic atau profile pic dekat FB kepada bertudung. Walaupun berselendang.

Aku rasa lagi sweet cakap: "Wah sweetnya tengok kawan kawan wanita dah ramai menutup aurat dalam bulan Ramadhan ni. Ni lah calon ahli syurga! Hehehe"

Kalau perempuan pergi clubbing kena puji cenggini pun dah melompat keriangan.

Bukan kah?

Ini tak, asal ada orang keras hati tak nak berubah, dimarah dimaki. Kata golongan pendakwah. Nabi guna hikmah tahu tak dalam berdakwah. Tapi diorang ni sesuka hati je cakap 'Tak payah nak tegur lembut lembut. Karang esok mati kang camne. Biar kasar asalkan meresap dalam jiwa.'

Percayalah. Orang berubah dengan cara kasar macam ni, tak kekal lama.

InsyaAllah diberi ketetapan hati dan istiqamah. Tetapi, untuk mereka jadikan korang sebagai pemangkin untuk berubah, TAK sama sekali.

Cakap dekat FB berdegar degar. -,-

Jangan buat orang hilang respect okay?

p/s: Kalaulah dekat MALAYSIA buat klip video lagu berunsur ketuhanan @ nasyid, dan diselit kaum hawa yang tak bertudung. MESTI kecoh. Mesti!

Sami Yusof, Maher Zain dan pihak belakang tabir boleh terapkan suasana 'wanita tak bertudung' dalam klip video. Aku rasa perkara ni hampir mustahil untuk kita.

Kita kena terima bahawa ibu kepada kawan kawan kita ada yg free hair. Makcik makcik kita..
Nenek nenek kita., Bukan semua orang dilahirkan di negeri serambi mekah, Madinah, Mekah, Mesir dan alim semulajadi. Hafal Qur'an masa di PASTI @ TASKA.

Perlukan perubahan. Ada yang mendadak. Ada yang perlahan (macam aku)

Kita nak ubah orang jadi yang macam kita nak. Bukan pada apa yang mereka perlu.  (?)

Thats why kadang kadang cara kita berdakwah perlu dikaji semula.

Jangan salahkan pendosa kalau taknak bertaubat. Salahkan kita yang nak menukar orang terus menjadi sempurna.



1 comment:

Anonymous said...

It's so lucky for me to find your blog! So great! Just one suggestion: It will be better and easier to follow if your blog can offer rrs subscription service.