Tabung Elektronik

Thursday, December 6, 2012

PIANO


Hidup kita ni kan, umpama piano.
Ada naik turunnya.
Ada sedih dukanya.
Ada suka gembiranya.

Tapi kenapa Wawa cakap piano?
Sebab piano tu ada warna putih hitam (punat nak tekan tekan).
Yang hitam kasi bunyi camni,
Tang putih kasi bunyi camtu.

Katakanlah hitam melambangkan muzik sedih, dan putih muzik gembira.
Bayangkan lagi, kalau piano ada yang button putih tu je.
Sumbang tak agak agak muzik tu?
Sumbang, sayang.

Same goes to life.

Tak adil rasanya nak gembira tanpa duka.
Sebab kalau kita suka sangat, kita tak ada masa untuk sedih dan simpati untuk orang lain.

To make it short, it's all about my life.

 Nak mulakan cerita, aku nak beritahu semester ni sangat lapang dada aku. Lapang macam padang bola.
Tak ada apa yang menyesakkan fikiran. Alhamdulillah.

Masalah dengan groupmates tu dah kira biasa.

Alhamdulillah.
Tetapi, aku rasa hormon endorphin aku terlebih lah sem ni. Dalam kelas asyik ketawa.
Macam suka happy go-lucky sangat.

Let me tell you this.

Mungkin ini salah satu cara aku melindung diri aku daripada sedih. Kenapa?

I have been here, in IIUM for almost 5 years (main campus).

Kawan kawan, satu persatu mula pergi. Grad, dah kerja.

Bukan dengki dengan rezeki diorang. Tak.

Aku ni, tak dengki pun. Malahan, nak beritahu, setiap saat dalam UIA, aku nikmati.

Ada 1 sem saja yang tinggal. Takkanlah nak kejar hidupan yang akan datang sampai lupa nak appreciate life yang depan mata, bukan?

RUGI!

Back to my point, semua kawan kawan dah tak ada.
Termasuklah best friend. :')

Sedih tahu?
Tapi hati dah terbiasa semenjak aku pindah dari Kuantan. It was a big deal.
Not now anymore.
Tapi hati ni kadang-kadang berubah jugak.

Ada masa aku ada masalah, memang teringat my besties.

Especially Aini. :)

Hello!

Sem ni, bakal ditinggalkan lagi.

That's why aku galak (suka) sangat dalam kelas.
Pernah membuat cubaan membunuh lipas dalam kelas.

Depan Dr. Shukran, pulak tuh. -__-'

The hyperactive type is inside my body.

Habis kena bahan. Tak apa. I dont mind sebab that was great. At least you have something to remember about me in future. HAHAHA

Sudah pasal gembira.
Mari cerita sedih pula.


Hmm. cerita sedih ni sedih lah sikit.

As permanent readers of my blog, saya pasti anda tahu saya try aim Dean's List dari sem lepas.

Sem ni aku tak tahu ada harapan atau tak. Mudah-mudahan ada.

Ceritanya:

I got 14/30 for my History and Philosophy of Psychology.
This is open book test. Aku tak suka open book. Rasa macam susah.
Tambah sedih, ramai je kawan sekelas dapat skor. They got 20, 22, 24.

Alahai. Sedih. kecewa.

I made a mistake.
Ada 2 soalan, esei okay. Each question is 15 marks.

Yang soalan ke2 tu aku jawab dalam masa 10 minit yang berbaki.
Dah namanya history, nak belek buku lagi, nak pilih tokoh mana paling daebak, nak create ayat lagi..

 One thing for sure, jangan biarkan diri terperangkap dalam pengalaman lalu. Tu je. Tak faham takpe.
Aku faham, sebab ni life aku. hehe

Yang kedua, sedihnya.
I got my paper back, assignment counselling.

Sepatutnya dapat Isnin lepas, tapi aku terlepas kelas tu sebab Overslept. Malam tu tak dapat tidur.
Diganggu anjing dan anasir perasaan. Takut hantu lah kononnya.

Friends were congratulating me sebab Madam asyik bragging pasal aku dalam kelas. Kononnya dapat highest mark utk assignment.

Wow. Bestnya aku fikir.
Aku? Highest? So not me. ( I have low self confidence untuk katakan aku pandai- pengalaman lalu)

Macam bangga. Bukan nak riak. Tapi macam best lah feeling dia dapat paling tinggi mengatasi budak budak Dean's list lain.

Isn't it? :)

Markah aku rahsia sebab ada kawan nak ambilkan, tapi Mdm nak bagi in-person.

So, today's class, I asked from the lecturer my paper. Awwhh, tak sabarnya. Yang highest aku tahu dari kawan-kawan diorang dapat 28. Tapi nama yang disebut-sebut adalah aku.

Eh, apasal nih? aku dapat 29,5 over 30 ke? hahaha :D

Over dan exaggerated sekali imaginary thinking aku.

So lepas kelas tadi membontotti lah Madam ke biliknya.

Guess what?

Madam kasilah paper aku. Sambil cakap, 'Ah, you are Najwa?'

Your paper was good.

So aku 'usha' markah. Excited lah jugak, kawan-kawan asyik bragging pasal markah aku kan.

Sekali nampak 29.
Wow, menangislah dalam hati KAHKAH

Sekali nampak tulisan -2

Total now: 27/30

Sedih no?

Punya harapan besar... Alih alih macam tu.

Cepat pujuk aku!

Madam's reason is: Awak dapat 29/30. Saya kena baca lagi sekali, dan saya jumpa awak lacking point dekat sini.

Menangis I di bilik (mahallah) terkenang perkara ni.

At the first place, aku lebih redha kalau dapat 27/30. So tak ada lah Madam nak edit edit markah kan?

Perfect salah, tak perfect pun salah.


Nak menjadi REDHA tu bukan semudah nak mengeja perkataan ni. Nak implement REDHA memang susah.

Sekarang aku sedang mencuba.


Now asyik melayan lagu Mendua-Hampir Ke Situ.

p/s: Nak keluar menangis.












No comments: