Tabung Elektronik

Wednesday, October 2, 2013

HAJJ SEASON REMINDS ME; UMRAH'S TRAVELOG 2013


Lama gila tak update blog.
Jari pun berkarat.
Otak pun makin menumpul. Betullah orang cakap, menulis ni kena asah.
Kalau main berhenti-henti buat separuh ni memang susah.

But, nevermind, aku tengah rajin ni update.
of course lah pasal Umrah! HAHA
Dah berbulan-bulan, baru reti nak cerita. Kesian orang menunggu.
Janji kemain dalam Twitter kan.

Kalau tunggu kesakaan Rajin tu datang alamat memang berkulat dulu lah DD blog ni.

Aku jadi rajin sedikit nak update pasal Umrah sebab kebelakangan ni asyik baca pasal Musim Haji.
Bestnya. Bestnya!

Sayu okk hati teringat lambaian Al-Haramayn.
Both Mekah and Madinah.
Kota cintaku. hehe

Bukan Paris dan si Eiffel Towernya.

Betul cakap orang, kalau dah pergi, mesti dalam hati tu terdetik nak pergi lagi.

Cerita bermula di Madinah.
(setiap post tak akan dinyatakan tarikh mahupun hari oleh sebab ingatan yang semakin pudar)
Perasaan je yang tak pudar. Tak sepudar Rossa. HEHE

Awal Julai.
Rombongan kitorang ni sebenarnya menuju ke Madinah terlebih dahulu.
Sebab nanti kitorang bertolak dari Jeddah terus pulang ke tanah air.

Beberapa hari sebelum berangkat ke Al-Haramayn, perasaan yang ada tu bercampur baur.

1. Layakkah ke sana?

Aku guarantee semua bakal tetamu Allah akan ada fikiran macam ni. Anggapan jelah sebenarnya. Riak nau guna guarantee. Poyo der. HAHA
Back to the story.. Siapa yang tak berdebar, bukan?
Jantung ni sering berlari setempat dalam dada.
Fikir selalu apa bakal jadi dekat aku dekat sana.
Elok kah.
Sihatkah.

Aku ada hubungi few of my friends yang pernah ke sana.
2 of them were Mashitah and Najwa N. (bukan aku)
They told me, I'll be okay. Jangan risau apa apa.
Dan yang paling penting sekali, bergunung dosa pun kita ada dengan Allah..
Itu semua kerja dia.
Kita pergi atas jemputan Dia.
Bukan orang lain. :']
Dengar je kawan cakap macam ni, aku lega.
Mana tak lega, dosa bergantang gantang, malah bergunung gunung.

Ya Allah. Dia masih memandang kita.
Cita cita kita semua dari kecil lagi.
Aku tak pernah menjejak kaki ke mana mana negara luar.
Rezeki yang bergolek ni, mana daya nak menolak. Tak mampu.

2. Bakal sesatkah di sana?

Lagi sekali. Ni bukan aku je kan yang tertanya tanya pasal ni?
Kita semua manusia normal. Lebih lebih lagi aku. hehe
Kau tahu, dari kecik, maksud aku dari bangku sekolah rendah abah terapkan budaya membaca.
So, abah ada beli komik KAWAN, Mastika dan Wanita sebagai bahan bacaan hari minggu.
Siapa sama? Seppp!

Mastika tu kan majalah yang cerita pasal paranormal, kisah insaf insaf, jumpa bunian, dan paling penting pengalaman mutawif yang mengendalikan jemaah haji/ umrah di Haramayn.
Kebanyakan cerita yang disebarkan tu, memang buruk buruk belaka.
Sebab tu sejak aku sekolah menengah abah tak beli dah buku tu. HAHA
Dah namanya pun manusia. Kita ni nak insaf bila baca cerita mengerikan saja.
Yang baik baik ni kita ingat kejappp je. Normal.
Salah satu keburukan dia, hasil baca Mastika ni, aku rasa tak confident nak pergi Haramayn.
Takut okkk.

Satu cerita yang aku ingat sampai sekarang, jemaah tu muntah darah bila sampai Tanah Haram.
Tanda Allah tak terima, macam tu lah ceritanya.
Dalam flight memang terngiang-ngiang semua ceita aneh kat dalam kepala. Tak tidur lena. Hazzabbb.
Tu lah, banyak lagi dosa. -_-
Tapi, yang penting.. Ingat lah. Bersangka baik pada Allah. Tak ada benda yang berlaku melainkan dengan izin Dia.
All is well.
Dah sampai sana, All were well.
:)

3. Cuaca terik. Mampukah bertahan?

Dua tiga bulan sebelum berlepas ke Tanah Suci, aku ada buat survey tentang cuaca di kedua dua tempat.
MashaAllah. Mengejutkan dan buat-buat terkejut.
Panasnya yaAllah.
Malaysia tak pernah sampai suhu tu.
46deg Celcius siangnya.
malamnya aku tak check.

Aku ni, dah lah Puteri Lilin layu layuan.
Tak boleh panas sikit. Datang sakit kepala.
Sebab tu masa study UIA, kalau ada gap kelas pagi dan petang, aku lepak je dekat Centre UIA.
Nama aku nak balik redah matahari tengahari dan matahari petang pukul 2/ 3.30 memang tak.
Kuasa haku.
Nak tidur, tidur masjid.
Zaman 4th year dah tak tidur. Merayapp je mana mana. Asalkan bahagia. Hehe

So, boleh bayang ke macam mana aku nak hadapi semua rintangan ni seorang diri?
Penat aku fikir macam mana tak nak bagi sakit kepala datang dan of course lah sakit kena rehat.
Tapi siapa mahu rehat?
Peluang keemasan camni nak pergi santai santai dekat Haramayn (?)

Are you nuts? *pekik dalam hati.

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. :)

Few months before pergi sana, kebetulan aku baca post one of my favorite bloggers- She went for Umrah.
Dia bagitahu, dia memang ada penyakit migrain.
Dia berharap benar tak ada migrain menyinggah masa Umrah. (post before perform Umrah)
After she came back from Umrah, she said that she was okay.
No migrain. She was really healthy.
Alhamdulillah.

Again, you can ask anything from Him. He can answer you pray anytime and anywhere.
inshaAllah.

--

Dua hari sebelum berangkat ke Haramayn, aku didatangi makhluk merah.
Kalau nak lebih faham, perkara merah ni tak membenarkan aku bersolat.
Do you get me, ladies?

Sesungguhnya aku cuak okk. HAHA
Adik aku dah kena a week before. So aku ni macam mana?
Taknak lah dekat sana kena. Orang pergi masjid, takkanlah aku kena pergi shopping dan memencil diri dalam bilik hotel?
Ini boleh mendatangkan kemurungan, kan?

Jadi, terpaksa pujuk diri sendiri.
Ini dah takdir. Haruslah redha.
Allah dah jemput pergi tanah Haram pun kira bagus. Jangan sebab marahkan makhluk merah, kita dah stress macam apa.
Anggap je ni ujian awal.
Kecik sangat ni.

Tapi bersyukur jugak. Sebab kitorang kan naik flight yang kena transit di Colombo, around 4-5 hours (?) not sure.
Dalam flight KL-Colombo dah 8 jam.
Cuba imaginasikan betapa berlendirnya tak mandi. T,T
Masukkan masa transit lagi.
Dah bertolak dari rumah ke airport 1 pagi. Pergi Colombo 9 am.
Then calculate lah.
Badan melekit, kena solat dengan masuk toiletnya. Renyah. Aku tak boleh geli geli terpercik air, kang ragu dengan kebersihan. Naya.
Better lah off day pada hari kejadian.

Tapi masa sampai Jeddah, (hari ke 3 makhluk merah berleluasa) waktu tu dah tengah malam. mengantuk pun ya. Tunggu bas. Dalam 30min memang bas ada. Maka, terpaparlah imej pak Arab dan mak Arab di mata yang layu ni.

Ni gambar menunggu bas yang baru sampai. Pandai pandai lah memasing tonggeng PC.



Masa ni debaran bukan main main lagi dah. Dari Jeddah ke Madinah ambil masa 8 jam.
Naik bas, baru nak bertolak ada mercun pulak.
Rupanya driver bagitahu, ada sambutan untuk orang baru kahwin.
Macam ada keraian gittew.
Ingatkan orang Hindustan je main letup letup ni. hehe

Naik je bas, semua letih lesu tak cukup tidur.
Senyap je. Dengan aku sekali tidur.
Bayangkan dah berbelas jam naik kapal terbang.
Tambah 8jam pergi Madinah.

Oh kematu punggung dan belakangku.
Tapi diam jelah.
Umi dah sound banyak kali, jaga mulut. Jangan laser.
Alhamdulillah. 30min sebelum subuh (4am) camtu, mutawif kami buat announcement.
Kita dah sampai madinah ni!
Ya Allah. Sayu sesayu sayunya.
I still can feel that moment.

Waktu subuh kan gelap. Nampak Nabawi di celahan bangunan hotel-hotel..
Menara bercahaya..

AllahuRabbi.

''Maka nikmat yang manakah yang sering kau dustakan" Ar-Rahman 30
Namun, sedih sebab mutawif kata kitorang tak akan sempat solat subuh. Mana nak angkat barang lagi..
Nak check in..
The system in Saudi is much greater bad compared in Malaysia.
Kau tahu cakap Arab, kau ok. Kau tak tahu, kau diam jelah.

Raudhah
Ketua rombongan dah pesan, pagi lepas Subuh dan sarapan, jemaah wanita akan dibawa ke Raudhah.
Raudhah tu Taman Syurga, atau tempat makam Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat yang lain.

Raudhah tu sebenarnya tempat antara maqam Rasulullah dan mimbar putih di mana baginda memberikan khutbah yang terakhir sebelum wafat.

Jadi tempat ni memang tempat yang berkah untuk berdoa. Salah satu tempat yang munajab untuk berdoa.
.
.
.




Raudhah-Waiting for our turn.


Namun ya Allah.. Tuhan sajalah yang tahu berapa ramai nak solat sunat dekat sini.
Inilah antara ruang solat yang tersesak selepas masjidilHaram. memang sesak yang kau berebut-rebut nak masuk.

Dan selalunya, jemaah Asia, iaitu jemaah bersaiz kecil memang dapat giliran paling akhir untuk solat.
Kerana apa?

kebarangkalian kau jadi rempeyek amatlah tinggi.
Dilangkahi, dipijak dan lain lain.
So, jemaah Asia memang diasingkan atau dikumpul di satu kelompok berlainan. Jadi memang orang Malasyia tak akan asing dengan jemaah Indo sebab saiz sama, telekung pun sama HAHA -_-'
Dah namanya orang Malaysia suka memborong telekung dekat sana..

Kalau tengok elok elok, papan putih tu semua amaran atau peringatan untuk para jemaah supaya tak bertolakan ketika masuk ke Raudhah.
Mungkin kurang adab kalau aku cakap begini,
keghairahan peminat bola Malaysia nak beli tiket sampai bergomol-gomol nak rempuh pengadang kaunter tiket, begitulah rupanya dengan jemaah wanita yang nak solat dekat sini.

MasyaAllah.
Ibadat yang direbut rebut.




To be continued... :)









No comments: