Tabung Elektronik

Thursday, October 10, 2013

TRAVELOG UMRAH 2013; RAUDHAH & MADINAH


Dulu, aku ada bagitahu yang aku didatangi makhluk merah kan? Sebelum bertolak ke Al-Haramyn.
Alhamdulillah, sesampai saja di Madinah, aku check aku bebas dah. Hehe

Nak menangis tahu bila nak bertolak (dalam seminggu sebelum ke sana) kita ada benda ni.
Sesetengah perempuan, lama. Sesetengah tak.
Namun, aku tetap doa Allah permudahkan segala urusan ibadat umrah.

Kalau lama, kita redha.
Kalau kejap pun, kita redha.
Tambah syukur sekali.

I tell you, nak masuk Raudhah memerlukan komitmen.
Lepas subuh, tunggu. Dalam pukul 10 baru dapat masuk.
Nak balik hotel dulu pun okay. 
Tak ada masalah pun.
Kalau tunggu, dapat baca Qur'an buat 2,3 pipi (muka surat).

Yang bestnya pasal Nabawi @ masjid Rasul Allah ni..
Ada air-cond. Sejuk dan nyaman senyaman-nyamannya.
Masjid yang terbaik.
Sudahlah ada air zam zam di dalamnya.

Bayangkan eh.
Macam mana air zam zam boleh disalurkan dari Mekah ke Madinah?
Aku punya imaginasi biasa biasa je.
Oh hantar naik lori agaknya. 
Like seriously (?)
Tak jauh ke?
Tak panas ke?

Lepas tu nenek bagitahu (kelas kan Maria)
"Dia bina saliran paip air zam zam dari Mekah ke sini dik''

Pengsan dengar. Hahaaha

Kau ingat Mekah dan Madinah macam dekat UIA dengan Selayang?
Nan hado.
Jauhnya adalah dalam tempoh masa bersamaan 8jam. 
Kalau dari KL, boleh sampai Terengganu & Kelantan dah.

MasyaAllah, SubhanAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar.

Allah saja tahu kekuasaanNya di bumi ni.
Macam mana air zam zam boleh mencukupi di Mekah? Disalurkan lagi ke Madinah?

Allahu. 



 Curi curi tangkap gambar. Dalam Nabawi, bergambar adalah salah satu larangan. 

Ini adalah gambar selepas solat sunat di Raudhah. Muka memasing pucat sebab baru lepas menangis.
Mahu tak menangis.
Dapat solat dekat tepi maqam Rasullullah saw.

If you guys can see, the carpets in Nabawi are Maroon. However, in the Raudhah area, the carpets are in green colour.
Gambar tak boleh nak tangkap sebab karpet-karpet memang dipenuhi manusia.
Pengawal perempuan pun ramai.
Dan yang lebih cun, 'pengawal-pengawal' di Madinah dan Mekah, semuanya berjubah, berpurdah dan bersarung tangan.

Hhehe. Cun kan?



Muka macam kena sembelit. Tapi tengah insaf ni. Haha

I was with my MakNgah, Umi, and Nenek (Mek)

View from Naim's Hotel.

Hotel kami dekat Madinah memang beberapa tapak dari Nabawi.
Lagiiiiilah best. 
Nak qada' hajat, baik balik hotel. Selesa melampau.



Dalam proses pembinaan. Tapi tak tahu bina apa.

Kalau tengok pemandangan bukit di belakang sana tu, nampak macam lukisan kan?
Ni first time okek ai tengok bukit batu. 
Batu Caves tu biasa. muehehe.

Ni memang batu. Dahlah cuaca panas, kau tengok batu dari jauh pun dah takut. 

Imagine lah macam mana Nabi dan sahabat pergi berperang pada bulan Ramadhan. 


Uniknya Madinah dan anehnya Madinah ni, cuacanya, YaRabbi sahaja yang tahu. 
MakNgah pesan, kalau ada tuala kecil, basahkan time nak pergi Masjid.

Sebab cuaca kan above 40 degree C.
Keluar dari hotel, panas dia sampai rasa menyengat-nyengat kulit muka.
Dah aku nak cerita pun tak tahu.
Panas dia lain. 
Cam semut semut gigit gitu. Sakit tapi tak sakit. 

Jadi, before keluar hotel, kitorang akan basahkan towel. 
Towel tu memang digunakan untuk tutup muka/ hidung tambahan pulak Saudi memang berdebu+panas.
Pakej sangat cantik untuk sakit.
TETAPI..
sakit atau tak, itu semua dengan izin Allah. 

Bila keluar dari hotel, kita akan expect towel tu kering sikitlah.
Namun, kejadian aneh terjadi.
Towel tu jadi sedingin-dinginnya macam kena rendam dalam air berais.
Do you get me?

Towel kecil kitorang tu, sejukkkkkk sangat. 
Melampaui aura panas sengatan cuaca Madinah.


Nak tahu apa yang aneh lagi? 
Tunggu aku sambung cerita next post. :D



No comments: