Tabung Elektronik

Wednesday, October 23, 2013

TRAVELOG UMRAH 2013: NABAWI MOSQUE


Dekat Nabawi, ambil gambar memang sesuatu yang dilarang. 
So, memang aku tak ambil banyak pun terutama yang di dalam.
Untuk masuk ke masjid, memang ada pengawal perempuan tunggu dan check dalam beg umrah (warna kuning) tu. 
Banyak jugak pantang larang nak masuk. Botol air besar pun tak boleh. 
Botol air kecik je dibenarkan. 
Kalau tak, kena rampas.

Ramai orang pakistan yang pakai tudung besar labuh labuh, try jugak bawak botol besar (botol minyak masak)

Memang dirampas. Sisters yang jaga pintu tu dah masak dengan taktik macam ni. 
Lagipun, cawan untuk minum air memang disediakan.





Hari terakhir di Madinah.
Satu tips untuk pembaca semua, yang bakal mengerjakan Haji & Umrah, sekiranya ingin membeli kurma dan kismis atau buahan kering yang lain, eloklah shopping di Madinah.

The price is better and cheaper if you compared to Mekah.
Sebab Madinah ni kebun kurma. Bukan Mekah.
Kurma Ajwa, the Prophet's favourite ada kat sini. :)



Lepas Subuh memang kedai tak bukak lagi.
Pukul 12 dah nak bertolak ke Mekah.
Walaupun sedih nak meninggalkan Madinah. Still aku excited dan berdebar nak pergi Mekah. :')







I love to see myself wearing this jilbab.
Rasa comel hikhikhik

Praying for myself to be good Muslimah, 'abd, daughter, sister, wife, and mother. Ameen YaRabbi.

 Yang tengah tu my youngest sister. 

Atuk is very kekwat. HAHA
Takmahu dipimpin abah aku.
Kalau aku, nenek, and adik je boleh pimpin.
Nanti dia cakap orang nak 'tunda' dia. hehe
Tak faham tak apa. :P



 Can you see our Prophet's Maqam?



 Rindu. :'')



Ada satu hari tu, dalam last week, aku dengar satu ceramah ustaz ni.
Berdekatan dengan mimbar Nabi, ada tiang yang dinamakan tiang menangis (TM)
So, ramailah yang bertanya TM ni lambang (or simbol or sumpahan) lelaki yang cuba mengorek ke maqam Nabi ke?

Ustaz cakap tak.
Sebenarnya TM tu datangnya dari sebatang pokok.
Sebelum Nabi Muhammad saw beralih ke mimbar yang baharu (kawasan raudhah), Nabi menyampaikan khutbahnya di bawah pokok tu.

Semasa Nabi ingin memulakan khutbah, maka terdengarlah suara bayi menangis.
Semakin lama, semakin kuat.
Bagai bayi yang inginkan ibunya.

Mula mula, Nabi dan sahabat abaikan.
Namun esakan tersebut semakin kuat.
Lalu Nabi bergerak menghala ke pokok tersebut dan memujuknya seperti seorang ibu memujuk bayinya.
Kemudian Nabi terus beralih ke bawah pokok tersebut dan memberi khutbah di situ semula.

Dan dikatakan, jarak antara pokok dengan mimbar baru Nabi hanyalah diselangi dengan beberapa langkah sahaja.

Begitulah simbolik kerinduan sebatang pokok pada Nabi.
So bagaimana kita? Jarak kita pada Nabi yang jauhnya beribu-ribu batu.
Ustaz pesan, bagi kita yang masih tak mampu nak ke sana, kita berselawatlah pada Nabi setiap hari.
Aku tak ingat berapa kali, cuma ustaz berpesan,biarlah ia konsisten.
Jangan hari ni 1000 kali, esok lusa tak buat langsung.
Hari ni 50, esok pun 50.
Dan begitulah seterusnya.
InsyaAllah.

:)



No comments: