Tabung Elektronik

Wednesday, November 16, 2016

TULUS

 Mana mahu dicari..
Cinta berlandaskan kasih sayang..
Disulami iman paling dalam..

Zaman sekarang, lelaki dan perempuan
Saling membuat pertuduhan.

Lelaki kata, perempuan mahukan setinggi tinggi hantaran.
Sebenarnya perempuan cuma mahukan penghargaan. Harga tak terletak pd hantaran. Tapi ramai fikirnya begitu.
Bukan salah sesiapa.
Cuma banyak belajar dari kesilapan dan pengalaman.

Perempuan kata, lelaki hanya mahukan kecantikan.
Walhal kecantikan itu jelas tidak kekal lama.
Sekejapan cuma.
Tak berani aku komen lama lama.
Aku bukan lelaki.


Lelaki ke perempuan ke. Sama je.
Yang membezakan, pemikiran kau, personaliti kau. Cantik dan berharta, bonus biasa.

Bapa saya, menghantar saya ke menara gading.
Graduasi dengan Honours,.
Saya tahu, harta bukan jadi sandaran.
Tak perlu dikejar harta orang. Usaha kita sendiri jadi ukuran kekayaan.



Rintik hujan payah dikira.
Semoga aku boleh hayati kiraan rintik itu, akan menjadi usaha utk berjaya walau dalam apa jua bidang dan segi.

Jodoh.
Rahsia.
Mati pun rahsia.
Penting dua dua.🐝

No comments: