TEACHER NAK BUAT APA NI?
Okay, sekarang teacher tgh makan cekodok, lapar! Haha saya baru balik dari rumah anak murid, lapar lalu menggoreng cekodok. Bukan mengajar pun, melepak. Sebab Iqbal, si anak murid tu merajuk baru lepas bergaduh dengan adik beliau,Ikhwan(4tahun). Kira saya datang timing salah lah. Eh, bukan saya yang salah timing, diorang yang gaduh salah timing. Anda tahu lah kan, budak2. Dia nak gaduh bukan guna timing saya. Siapalah aku?haha kau apesal wawa?
Sebenarnya, dah lama saya tak pergi rumah Iqbal, sebab cuti sekolah pun dah habis, jadi susah nak mengajar. According to his mom, sekolah iQbal dari pagi sampai petang. Private school, kan? So, celah mana nak selit tusyen, penat otak budak ni kang. Lalu kitorang decide, (eceh,mama dia aje yg decide) tiap2 hari sabtu saja tusyen.
Last class hari tu, (cuti sekolah) our last meeting, iQbal merajuk. Saya xpasti dia merajuk dengan siapa. Haha ;p tapi dia menangis la, teacher cuak okay, lain kali jangan buat camtu lagi eyh? Untuk pengetahuan anda, iQbal ni ada 6 adik-beradik. Semua lelaki, yes. Lelaki-lelaki. Ramai. Yang bongsu kembar, Irfan & Imran. Baru je 3bulan (that’s why his mama need my help to observe his study- maklumlah nak layan twin memang tangan tak pernah menang *tak menang tangan*).
Cerita dia macam ni, setiap kali saya datang rumah nak mengajar, yang abang si iQbal, izZat (10yrs) dan adik si Iqbal, Ikhwan suka menempel sekali. Tengok saya mengajar lah, teacher kan Hot? Bukan begitu? Hahahaha nak dijadikan hari tersebut, macam biasalah, yang dua orang lagi ni suka mengendeng sama, saya okaylah, I don’t mind. Diorang minat tengok teacher teaching, and I treat them like my own siblings la. I don’t have young brothers, so sukalah aku. ^_^
Saya suruh iQbal ni melukis, like in the previous post, he likes drawing, likes to draw. Jadi teacher pun suruh lah dia draw buah-buahan tempatan.
Teacher; “iQbal lukis lah buah-buahan tempatan, teacher nak tengok.(niat di hati nak suruh dia eja buah-buahan tempatan la),”
Murid; “ala, iQbal xreti la. Susah.”
Murid lagi satu (abg dia: iZzat) “meh sini abang reti buat,”
Teacher; “ok,buatlah. Jom nanti kita bandingkan siapa punya lukisan lawa,”
Murid-murid pun melukis.
Tiba-tiba murid 1 letak pensel, tekup muka dekat meja.
Err. Apasal nieh>? Cikgu buntu.
Teacher pandang izat, izat pandang teacher. Haih, xfaham saya.
Teacher; “dia merajuk kenapa? Menangis ke ni?”
izZat; “entah dia. Iqbal!” then dia pergi lari naik atas panggil mama.
tetiba: iQbal; “korang nak lumba! iQbal tak nak lumba!” sambil menangis dia cakap.
Teacher cakap dalam hati; ~bila masa aku suruh dia lumba?
Okay, izZat panggil mama turun, hayyokk. Teacher tak takot. Wek3...hahaha
Ceritalah, bla333..
Mama; “dia biasa la ni, bijak jugak. Kadang2 dia pura-pura (berlakon) sebab tak nak belajar. Ikut mood dia.”
Teacher; “oh..okay2. lega sikit.”hahah
Mamanya; “sebenarnya dia tak pernah belajar lama, rajin macam ni. Kira banyak la ni dia belajar. Selalunya dengan I dia nak belajar 15-20 mi nit. Kalau tak, ada aje alas an nak pergi tengok babies nangis lah apa, nak pergi minum, buang air la. Penuh dengan alasan. Dengan Najwa he looks ok.”
Anda faham tak? Kira iQbal suka la belajar ngan saya.hahaha hish. Jangan lampi sangat, berdosa. =p
Okay, itu cerita few weeks ago. Cerita tadi, sambung lagi..
Dia baru lepas gaduh dengan si ikHwan, jadi mood untuk belajar tak ada, sorry for this teacher.
So i said to his mom, okay. I don’t mind. Kita faham, budak macam ni tak boleh paksa sangat, buatnya dia dah tak mahu belajar langsung dengan cikgu luar, payah pulak. (ceyh,poyo gila memahami. Bajet!) hahahaha.
Hari ni, his mom share something dengan saya. Nanti saya update lagi.
Cikgu penatlah.hahaha =p anda, jangan degil-degil.
See you then, people. =)
No comments:
Post a Comment