Tabung Elektronik

Friday, December 3, 2010

TUMPAT DARUL KETUPAT




Kampung patik, Kelantan Darul Naim. Tumpat yang takde darul ni, patik saja-saja tambah Ketupat tu kampung ayah patik. Merangkap kampung patik jugak. Kampung mak, kita cerita lain kali. Sebab hari ni nak letak gambar daerah Tumpat je. Sengaja haku nak bagi famous, nyah.

Lepas tu, mana lah tahu ada orang yang tengah belajar luar negara rindu sama kampung ni, dia godek blog saya kan. Ha, kan marvellous begitu. Eh, jemput tengok. Jemput tengok. Takyah segan nooxx. Free je, mak tak ambik bayaran pape pun. =P

Ha, yang ni tengah tunggu bot penambang. Belakang tu contoh bot penambang lah. Ada bran ke kaw nak naik?

Eh, siapa-siapa yang berkenan nak datang, marilah mencemar duli ke kampung patik yang down to the earth macam tuan dia ni ha. Down to the earth ye wawa. hahaha
I'm telling you eh people, tambang bot rate dia RM2.00-RM3.00 seorang.
Tapi my papa (papa lah pulak kan?ngahaha) selalu bayar lebih, sebab uols tahu jelah, famili I ni ramai, 7orang kan..(ramai le tu) berat2 pulak tu, tambah2 haku kan. Beg pulak nak gedabak seorang-seorang. Lagipun apa ada halnya bayar dekat orang kampung sendiri. Nak bagi seronok2, dapat duit.

Cerita pasal orang kampung ni, teringat lah pulak, my papa selalu cerita dia orang pertama masuk universiti dekat kampungnya. *okay, boleh tepuk tangan sekarang* pap pap paap
Kalau jumpa generasi dulu2; atau makcik2 dekat area kampung bapa saya, mereka selalu cerita lah, "Abah korang dulu, petang2 duduk tepi sungai, baca buku..Rajin abah kome dulu" -tetibe je kan loghat Perak ada-. Hahaha heh, mokcik tu kecek kelate la..Bukan Perak.

So, tolong ambil iktibar or wtv dari cerita ni. Dulu abah saya tak duduk dekat kampung. Dia di'angkat' oleh seorang guru dan tinggal bersama guru tersebut. Namun, guru itu dan isterinya telah pulang ke rahmatullah. *If you dont mind, could you please pray for them? al-Fatihah*
Saya difahamkan oleh bapa, beliau dilihat sebagai pelajar berpotensi, makanya beliau telah di'angkat' dan dibesarkan oleh arwah Ayah Long (jadi, arwah datuk angkat saya lah jugak).
So, begitulah.

Jadi, yang saya nak cerita dekat sini, abah saya tak kisah nak bayar tambang banyak2 dekat orang kampung. Sebab dia hati lembut, cepat kesian. Maklumlah, orang kampung kerja nelayan, nak pulak tanggung anak ramai. Kurang2 aje 6orang kan (okay, ni agak je.) kalau yang ramai tu ada 9orang, 10 ke. Tapi kalau korang nak datang kampung ni, suka hati la nak bayar lebih ke tak. Duit uols. Wah! tetiba je uols tak jadi datang sebab takut kena bayar tambang lebih.AHahaHa. Takde okek. Kau jangan merepek.

Tapi, selalu jugak terjumpa penambang2 yang tak kisah berapa bayaran;
Abah; "Brapo nok keno bayar nih? (Ha, berapa ni nak kena bayar) kura2 betul ayah patik ni.haha saja tanya.
Penambang; "Berapo2 jelah abe, kito takpo belako." (berapa2 jelah abang, saya tak kisah.)

Jadi masa ni, saya nak je hulur RM100! hahaha macam lah ada duit kan.
Memang takde situasi argue harga la dekat sini. Baik gila orang2 dekat sini, at least kalau compare dekat KL. Argue sampai habis air liur pun belum tentu dapat kurang, nak2 pulak dengan Apek. Memang takde can punya kau dapat diskaun beb.


Ni keluarga belah abah. Layaaaaann uols!. Gegak gempita bila2 aja.

Jadi, teruja tak nak datang sini? HaHa. heh! kementerian pelancongan tak bayar 1sen pun dekat saya sebab promosi Kelantan dekat uols.
Promosi adalah tertakluk kepada syarat, terma dan perubahan.
  1. Individu untuk perempuan. Nak datang geng2 pun lagi boleh.
  2. Berkumpulan untuk lelaki. I taknak nenek dan atuk tersalah anggap bawa pulang cucu baru. Tak sama sekali.Haha. (Ni I ajak2 ayam je ok lelaki's. Never trust wawa.kahkahkah)
  3. Mestilah tunggu aku available nyah. Kalau ajak aku time tengah semester, takde maknenya der!. Tunggu cuti okek =P
View daripada atas bot. ^__^
Kampung awak macam ni tak? =P hahaha



Kalau awak naik bot, mesti jadi macam mak kita wak. Mulut terkumat kamit baca doa.
Teehee..

Petang2 memang scary naik bot. Nak2 pulak air tengah pasang. Lepas tu naik dekat tanjung, dekat dengan Laut China Selatan. Angin menderu2, air jadi berombak sikitlah, pukul2 bot, sampai terlambung-lambung. Tapi taklah melambung macam naik kuda. Tak,itu tipuuu sangat.

Masa kecik saya selalu menjerit kegembiraan, keterujaan. "ayoyo! adventure2! hahaha"
Lepas tu terus kena marah dengan abah, "heh! diam! duduk senyap2"

That is why akak tak join adventure club dekat sekolah dan universiti. Balik kampung pun dah cukup thrill bagi akak. 9jam waktu biasa. 13 & 14 jam kalau balik waktu puncak. (khususnya waktu Raya) keras punggung -___-

2 comments:

HafizahNik said...

ok kawe nok g umoh wawa la..hehe

NajwaZin said...

HAHAHA.buleh2..hello2 jah t. =P