Tabung Elektronik

Saturday, March 26, 2011

NAK JADI APA EK?


Sebenarnya uols, daddy's daughter telah berazam taknak sentuh blog buat sebulan. Hal ini disebabkan oleh dD akan menjalani peperiksaan akhir bagi semester terakhir 2minggu lagi.

Namun, disebabkan ada adik reader yang meminta saya ceritakan serba sedikit tentang bidang saya sekarang ni.

Gila terharu, nak menangis bawah katil ah macam ni. tsk tsk tsk.



Ni lambang psikologi. Tak tahu kenapa bentuk dia macam lebih kurang 'Club Med'.

Jangan tanya saya, bentuk dia macam ni. Kalau aku ada kuasa, aku akan tukar simbol ni kepada wajah cantik saya. Ehhhh???

Kenapa kena letak nama Google, kalau ambik mana2 imej dari web itu?


Tak silap saya, 23hb Mac lepas, keputusan SPM diumumkan.

Tahniah pada sesiapa yang dapat A penuh. Memang wow! Macam haku nih, hehe tak penuh mana. Jadi, sudahkah anda men-decide nak ke mana lepas ni?

Weyh, apasal ayat tak boleh bla macam aku ni ada syarikat konsultan suruh pergi mana, masuk U mana. ;p

Yang tak dapat penuh keputusan SPM tu, tak apa. Usaha yang belum capai tahap maksima lagi (mungkin, macam akulah). Tempat dekat mana2 institusi tu mesti dan pasti ada. ;) Positif babe.

teringat result haku dulu. Memang tak cemerlang mana. Dapat UIA ni pun dah habis bangga dengan diri sendiri la. Tak yah proud lah dengan orang lain. Sebab nanti terasa diri sendiri tak setanding orang lain.

Belajarlah untuk tak kisah pada hal orang lain.

Kita mampu mengubahnya. Eh eh. Iklan Jabatan Kerja Raya ke apa ni. Hahahaha

Sudaaaaahhh. melalut dah aku ni.

Back to the track. Mengenai adik saya ni, Fatin Athirah. She was asking about my course: Psychology.

Minat benar katanya. Ce cite kak psikologi ni pasal apa.

Meh sini rapat2. Siapa2 yang dah dekt universiti ni pun nak datang rapat pon takpe. Mana tahu adik2 atau saudara mara datang tanya anda psikologi apa, nganga kau! hehehe

Question @ Q.

Answer @ A.

Q: Kalau isi borang UPU, kita nak bubuh apa?

A: Kalau matriks UIA, kena pilih Human Sciences. (atau Sains Kemanusiaan) . Ni info untuk adik2 yang sebelum ni tak tahu, tiba2 terbaca blog saya terubah fikiran la pulak kan? yang dah tahu, bagussss.

Q: Psikiatrik dan psikologi tu benda yang sama tak kak?

A: Ya, secara fizikalnya ya. Sebab, anda akan belajar benda yang sama. Otak, orang, emosi dll yang sewaktu dengannya.

Cuma, yang membezakan kedua-dua makhluk ni, psikiatrik adalah untuk golongan doktor je. Sesiapa ada ijazah kedoktoran (medical) sahaja yang akan digelar Psychiatist. Yang digelar Psychologist ni, aku je. Eh, silap2. Maksud saya, student yang ambik Psychology jelah.. Tak layak bergelar doktor, unless sambung pengajian ke peringkat tertinggi, pHd.

Jadi, sesiapa yang pernah berangan nak jadi doktor, boleh je. Cuma sambunglah pengajian yang agak-agak rambut dah nak botak lantaran belajar banyak sangat. hikhikhik.

Q; Kak, Psikologi tu apa kak? Ce cite.

A; Dik. psikologi ni maksud dia "kajian saintifik mengenai kelakuan manusia (human behavior) dan proses mental dan otak (mental processes). Cewahh! Tak refer buku nihh. terror tak? terror tak? hahaha ;p

Secara detail, kita belajar pasal emosi manusia. Kenapa orang ni jadi macam ni?

Apa kaitan dengan persekitaran dia, dia berperangai macam ni?

Contohnya:

  • Apa kaitan sikap seseorang bayi atau manusia dewasa dengan proses tumbesarannya?
  • Barangsiapa (ibu-ibu) yang melahirkan anak-anak atau bayi2 mereka dalam keadaan stress, effect tu akan dapat dekat anak2 mereka.
  • pernah dengar tak, orang tua2 cakap, masa pregnant tak boleh sedih2 sangat, nanti anak murung. Pernah kan?
  • So, we, the psychologists ni, buat kajian untuk membuktikan emosi ibu ketika mengandung akan terkesan pada emosi bayi. Lebih teruk lagi, kalau bayi ni membesar jadi orang dewasa murung. Cepat marah, garang. Euuwww. Takut kan?
  • Kes lagi; Anak penagih tend to jadi penagih. Sebab dia dibesarkan dengan persekitaran yang tak sihat. Tapi, ni pun terpulang jugak, kalau anak ni baik, bijak pilih buruk dan baik, retilah dia nak jadi apa.
  • Pernah dengar tak skizofrenia? Ni korang panggil orang gila orang gila. Kalau dalam tv, kanak2 lari ikout belakang sambil jerit "orang gila orang gila" Pathetic kan?
  • Skizo; orang yang cakap seorang2. Kalau orang dulu2 cakap, dia ni kena sampuk. Main dengan anak hantu, cakap dengan hantu. That's why bawak pergi jumpa bomoh, tak sembuh2. Padahal, dalam otak orang ni terbentuk jelmaan kawan dia. Tapi kita tak nampak. Sometimes, kawan dia ni boleh mendorong pesakit untu bunuh orang. I wish kawan dia boleh bunuh semua orang jahat yang tak diperlukan dalam dunia ni. -_- Senang nak shopping sorang2. pfft. Kerek gila reason kau.



Google, memang kena mintak kebenaran kau ke letak ni ha?



*Ingin saya tegaskan dekat sini, pasal kes sampuk-menyampuk.Saya percaya benda2 ghaib. Tapi, itu satu isu yang lain okay? Nanti kita mintak Misteri Nusantara tv3 huraikan isu nih.. hehe I malas.

Q; Prospek kerja ni luas ke kak??

A; Luaaaaaaassss, at least lebih luas dari lubang hidung aku. hahahaha

Sebelum tu, let me explain about Human Sciences ni. Terbahagi kepada 5.

1. Psikologi

2. Sosiologi

3. Sejarah & Tamadun

4. Komunikasi Media

5. Sains Politik. (kalau agak-agak satu hari nanti nak ganti Najib, boleh ambik yang ni. Dan yang pasti, cari bini yang humble2 sikit. eh eh)

Kalau bawah Psikologi pulak..

  1. Ada clinical psychology. (Kerja dekat hospital. Ini sangat tough) Ni cita2 saya, even tak ada basic Biology. Saya kan bekas pelajar teknik dulu. It's challenging.
  2. Sports Psychology
  3. Child Psychology (siapa minat kanak2, boleh specialize yang ini)
  4. Counselling (ni wajib ada skill ni)
  5. Career Counselling (macam apa yang aku buat ni haa. tak ke sama?) promosi psychology sana sini. Tengok perangai orang tu, sesuai jadi apa agaknya? doktor? kalau yang tulis blog, agak2 dia sesuai jadi apa? haaa. camtulah. eh jawab eh. i tanya ni tau.
  6. Adolescent psychology (untuk remaja2)

banyaklah.

Dan minta maaf saya nak cakap sikit.

Some people, especially orang2 teknikal seperti X, W, Y, O,P..(bukan nama sebenar)

Mereka berfikiran bahawa, bidang sains kemanusiaan ni macam bidang cikai2 je.

Maklumlah, mak bapak dia jurutera. Habis anak-beranak jurutera. Nenek datuk dia cikgu, habis anak menantu cikgu. Makcik pakcik dia doktor, habis anak saudara jadi doktor.

Boring kan macam ni? Ce jadi lain sikit macam aku. ;D

Tahu tak kawan2? Menurut daddy saya, orang2 psikologi (macam saya ni..;p) sangat diperlukan di Malaysia. Orang macam kau jelah wawa? Habis, orang macam kitorang ni, takde orang nak ah?

Alaaaaa. Jangan ah sentap, ni entri nak promot Psyc. Bukan kos lain. Yang lain, lainkali lah okaaaay?? ;)

Hah, daddy cakap macam ni.. Dunia sekarang, makin tertekan. Siapa tak rajin baca suratkhabar, diam2. Kalau yang rajin tu, korang pernah baca tak kes2 sebegini;

  1. Buang bayi di longkang, tong sampah, tepi sungai, bawah jambatan.....
  2. Isteri pertama serang isteri kedua, isteri kedua dilaporkan parah.
  3. lelaki gantung diri selepas meracun dua anaknya.
  4. Ibu bakar diri lalalalala
  5. Remaja bunuh anak saudara sebab dengar bisikan...
  6. Lelaki bunuh kakak, nenek dan datuk dan ayah sebab ada wanita suruh bunuh. Dengar bisikan mangsa2 ni adalah jahat.

Jadi, adakah kes2 sebegini layak ditangani oleh jurutera, orang politik atau cikgu? Mestilah tak. Ni kes2 untuk orang psikologi ni.

Orang sekarang mudah tertekan. Puncanya banyak. Cerai-berai pun dah jadi isu biasa. Buang baby sebab zina, pun biasa. Di mana silapnya? Ya, orang macam kitalah yang tukang mengkaji.


*Jadi, saya perlu belajar rajin2.* tsk tsk tak boleh malas2.

Masyarakat tak layak pandang rendah untuk mana2 bidang pun. Daddy pesan lagi, ambiklah bidang apa2 pun. Asalkan cemerlang! Cemerlang tu maksudnya cgpa 3 dan ke atas.

Ambik bidang yang (wow-wow) je pun, tapi kalau cgpa tak bagus, nak buat apa kan? Nak ngangankan mulut orang kampung, boleh lah. Tak gituu? Eh, apasal aku terasa ni? Adakah disebabkan saya banyk main semester ni. ouch.

p/s; Just take any course that you want. Sesuai dengan minat anda. Bukan sesuai dengan minat mak bapak keluarga tau kawan2 anda.

Sebab yang nak examnya, korang. Bukan mereka dan keluarga mereka.

Yang letih menaip assignment, korang.

Yang letih naikkan cgpa, korang jugak.

Aku ni letih taip blog. ehhh tetibaaaa.

Yang pastinya, ambiklah bidang apa pun. Sebab yang BERSUSAH PAYAH STUDY IALAH ANDA SEMUA.

Yang nak konvo pun you are all alone. Setakat ni takde lagi kes orang bawak nenek datuk mak bapak adik beradik naik pentas ambik skrol ijazah. Kau jangan buat gila, hahahaha .

Cukup ke dik? Kalau ada apa2 lagi, komen okay, i'll update for the next entry. ;)

To be a psychologist, tak pernah ada dalam list cita-cita saya dulu-dulu.







7 comments:

fatin athirah roslan said...

sangat cukup!
tapi, kalau akak nk tmbh pun,
dialu-alukan
teruja taw
hehehe
thnx a lot ye kak
moge cite2 akak tercapai
=)

Puteri cute said...

wa wa hehe.. to be a psychologist penah ade dlm list cita cita saya dahulu ;)

farizah said...

hari tu kn tme g putrajaya 4 photoshoot ada sorg pcik tu ckp kt mmber.."ala,blaja psychology ni 2 tempat je boleh kje..."
kwn mereply:"ye ke pcik?ktne?"
"Tampoi & tj rambutan.."
kesian pcik tuh..haha

NajwaZin said...

Puteri; yeke?? wow..pastu sesat g allied tu nape?>haha

farizah; pakcik tu kurang membaca tuuu..hehehe ;p

azreen said...

hye sis najwa nk tnya if nk smbg degree lam bidang psikologi ni kne amek course sains kemanusian ke?

NajwaZin said...

Adik Ashreen: Ya, sains kemanusiaan. :)

Y.G said...

Thank you so much!!!