Tabung Elektronik

Sunday, May 8, 2011

BUKAN SENANG


Susah rupanya nak bagi pendapat, terutama kalau ilmu tu baru secubit.

Al-kisah ada seorang adik nih, mintak pendapat aku jalan mana yang harus beliau lalui.

USIM kah? Matrikulasi KPM kah?

Dia cukup frust bila tak dapat tawaran UIA. hey, uia memang bagus I tell you. Seperti anda-anda yang bangga dengan universiti sendiri, begitu juga dengan saya.

Di situlah jatuh bangun saya. Tempat merangkak sampai boleh berjalan, dan daripada mula berjalan, hinggalah berlari. Tambah2 kalau bangun lambat. haha Berlari berkejaranlah engkau kejar bas tu. Kah kah kah. Pengalaman sendiri. ;P

Hey, serius lah wawa. Ni blog serius! mana boleh gelak2. Tambah2 lagi bila bercakap pasal sedekah.

Oh ya, pada mulanya, bagi saya, ke usim pun bagus, (at least dah ada tempat untuk degree) seperti uia. Dan bagus jugak masuk kpm pun, sebab most of my friends (ex-schoolmate), they grew up in Matriks KPM. And, for your information, their CGPAs are good, quite good and mostly good lah.

Aku pun dah sampai keliru-buntu-tak tahu mana satu nak tolong decide kan future anak orang, sementelah future yang aku bina sekarang pun bukan main payah untuk didaki sebenarnya.

Mesej demi mesej kami berbalas.

Muka surat google habis saya selak, godek universiti itu, universiti ini, cari bidang yang ditawarkan, yang tak ditawar kau tak payah cari. memang tak jumpa -_-'

Dan lebih payah lagi, adik ni nak ambik bidang yang saya pelajari sekarang ni. Risaulah aku kan?

Sebab, mana ada saudara mara yang belajar dekat sana. Yang ada cuma anak sepupu, seorang je, tapi beliau pun tak berapa pasti. Sampai tadi, berjaya jugak aku google akhirnya.

Terjumpa, Bachelor of Counseling ditawarkan sebenarnya dekat sana. ;) Hm, Tapi itu under Fakulti Leadership & Management. Lain pulak halnya dengan adik ni tadi, she has been offered program Tamhidi (matriks) under Fakulti Sains& teknologi. Jadi, sesiapa yang sedang belajar dekat usim, atau ahli keluarganya yg ada dekat sana, mintak tolong tanyakan ini.

Boleh tak tukar program atau fakulti masa jalani program tamhidi atau degree?

Sebabnya, jika di uia, pelajar boleh mencuba nasib untuk tukar program ketika di matrikulasi (berbayar RM50) dan dekat universiti pun boleh jugak (berM100)!! ;0

Awesome uia nih. Akulah antara pelajar yang pernah terbabit dengan 2situasi di atas. ;) I am not lying.

Namun, itu haruslah berbalik kepada asal, maksud saya, rezeki dan takdir. Kedua-dua perkara ni tidak menyebelahi saya pada mulanya. Namun, peluang kedua tak mengecewakan. Alhamdulillah. ;D

Satu lagi pesanan saya, untuk adik yang tadi dan mana2 adik yang sedang menunggu giliran masuk Asasi.

~Kalau kita tak ada rezeki untuk ambik mana2 bidang yang kita hendaki, redha adalah perkara utama. Allah lebih mengetahui apa yang direncanakan untuk kita semua. Jalani hidup dan cinta kita apa adanya. Jangan cepat mengalah! Ini yang pasti.

Siapa tahu, bidang yang anda nak sangat2 tu, sebenarnya jauh panggang dari bbQ. eh eh. Tak, maksudnya, anda fikir Engineering tu best and really suits for you. Unfortunately it is not. Bidang guaman yang anda ambik lantaran dipaksa bapa itulah yang anda cintai hingga mati. Wah!! hahaha

Eh, bukan mustahil ni.

~Kalau cinta anda pada mana2 bidang sekalipun, anda tetap ada peluang kedua. Ambik degree untuk jadi lawyer and engineer. Last-last, master in Psychology. (nak jugak selit bidang kau kan wawa?) Eh, serius ni! Sudah ada kes, dan terbukti pun.

Hal ni bukan sesuatu yang pelik dah. Tak janggal. Yang pelik, kalau kau ambik pengajian ijazah seni tarian atau perfileman whatever, tetiba kau sambung Master in Architecture. Eh boleh ke ni? Aku pun tak pasti. Tapi secara logik, aku rasa macam tak. Hey, ni pendapat aku, tak semestinya benar dan tidak boleh disangkal. Kalau ada sesiapa nak cuba, aku tak halang. Pilihan, di tangan anda. Hikhikhik

Sesetengah orang, dia tak minat pun kursus yang diambil, namun restu ayah bonda mengambil tempat di situ. Kira macam bercinta lepas kahwin, eh ni perbandingan apa ni? haha *mula2 tak cinta, lama2 cinta lah!

Adik2 yang dapat tempat kat Matriks KPM, jangan sedih dan berkecil hati. Peluang lebih baik akan datang. Cuma, belajar sehabis baik yang mungkin, sometimes, you are better than students who are studying in Foundation Centre/ Matriculation Centre of certain IPTs. Jangan fikir anda adalah kelompok terbuang dan tak laku. NEVER! Rezeki manusia memang tak boleh nampak di kaki. Unless you believe, you are chicken. Tuah ayam ada di kaki anyway. hehe.

Aku tekankan lagi sekali, belajar kat mana2 pun takpe. Asalkan cemerlang. - Ni pesan Daddy sebenarnya, aku jadikan hak aku. haha

Tak kisahlah orang cakap bidang yang korang ambik tu bidang cikai ke, cap ayam ke, takde cap kangaroo ke.. Yang penting niat nak belajar tuuuu. Kerana Allah. hah! Kau wawa, niat macam tu takkkk??? teheeheheheee 8__8

FOLLOW YOUR HEART! That is the best way. Nak yang best lagik??

ISTIKHARAHLAH! Dan dalam ketika kita keliru, Dialah jawapannya. ;D

*istikharah tak semestinya dibuat tok cari jodoh je ye nokkkk.



3 comments:

[.ika itu aku.] said...

terbaik la wawa =)

fatin athirah roslan said...

sangatt like..;)

HafizahNik said...

betul2.fiza pernah ikut 1 motivasi waktu kat sekolah dulu.tak kesahlah kita start dari mana.kalau nak berjaya,try ur best!

selalulah wat solat dhuha.salah satu pintu rezeki juge tu ^_^