Tabung Elektronik

Thursday, December 15, 2011

INSPIRASI SANUBARI

HAHAHAHA.

Comel gila tajuk.
Tapi ini serius.

habis kelas Arab terus update, takut lupa. :)

Sesuai dengan tajuk, entri ni berilmiah dan ber'tarbiyyah juga.

Actually, aku frust sedikit dengan semester ni. Ketiadaan ustaz ke Mekah membuatkan ada 3 ustaz dan ustazah yang lain mengganti dan bukan itu saja. kaedah belajar dari ketiga-tiga guru sangat berbeza.

Maka, bila dah jadi begitu, aku pening.
Keliru dengan apa yang diajar dan belajar.

Setiap guru punya cara masing masing, dan untuk penuhi kesemuanya bukanlah mudah, tetapi tak juga mustahil.

Tak kisahlah, ustaz pun dah balik.
Balik siap bawa cincin. thanks ustaz. :)

Baiknyaa.
Buat pengetahuan semua, guru menjahit aku pun bawa pulang keychain untuk semua students. So, semua dapat.
tapi yang paling menyentuh hati adalah ingatan buat pelajar-pelajar yang berjihad (belajar pun sejenis Jihad) di malaysia. Padahal, kedua-dua guru itu masing-masing ingin merebut gelaran haji mabrur, haji yang diterima Allah. Mudah mudahan. :')

Sambung balik cerita tadi.
I just back from the Arabic class.
Ada satu ustaz ni, Ustaz M.S nama dia (UMS).

Masa dia ganti kelas, dia mesti cerita pasal wali wali. Macam mana nak jadi wali. naktergolong dalam wali. Dalam banyak-banyak usrah yang aku hadiri, ini yang paling menyentuh hati. :")

Okay fine, Aini dekat sebelah dah cakap banyak. Nak feeling pun tak volehhh.Hahahaha. (Sebak ni sebak)


Sambung, sambung.

Dulu, asal ustaz ni masuk kelas, aku gelisah. Bukan apa, dia bagi kitorang 10 ayat Arab, then hafal 5 contohnya, siapa pergi buat lisan dengan dia, boleh balik dulu. hahaha. Gila kau tak berdebar. Masa last class, dia bagi 15. Suruh baca 6. Ahahaiiiii.

Itu pun mula mula dia nak kasi 20. 20 ustazzz?????.

Tapi itulah dia.

Sebelum kelas ni, dia cerita pasal orang yang boleh tergolong dalam golongan wali. Bukan jadi wali. Tapi orang biasa, macam kita, tapi bila dibangunkan di akhirat kelak, kita tergolong di kelompok para wali kekasih Tuhan.

Ada sejenis doa biasa yang kita jumpa, tapi kita tak tahu kalau kita baca doa tu dibaca 25 kali sehari, kita boleh jadi kekasih Allah. Ni bukan ajaran sesat tu. Aku ada doa tu, aku sempat salin dan sempat suruh ustaz check.

Doanya senang, tapi aku tak hafal lagi. Dan belum amal.

Kita ni senang je cakap nak jadi itu ini. tapi sampai part nak melaksana, itu yang kita selalu fail.

Betul cakap ustaz, senang je nak jadi wali. Tapi cuba tengok berapa ramai boleh baca doa ni seminggu berturut turut. Kalau ada pun, baca 2,3 hari, then lupa.

Tak payah cakap orang, aku sendiri ingat nak baca hari-hari tapi tak terbaca. Kuat kan godaan syaitan tu?

Itu pasal doa. Cerita ustaz banyaakkkk sangat pasal wali. Antaranya:

  1. Ustaz cakap, golongan wali ni sebenarnya masih wujud pada zaman sekarang. Sebab Allah dah kata, golongan ini memang wujud pada setiap zaman. Sorry, aku tak boleh nak sertakan mana-mana hadith atau ayat Qur'an. Kau nak percaya, kau percaya je. Tapi bukan sebarangan percaya. Because I know that ustaz. To believe what I wrote/ write, that is your choice.
    balik pada cerita.
    ustaz cakap lagi, kalau tak percaya, 'Meh ikut ustaz tarawikh dekat masjid mana-mana, tengok ada golongan wali ni buat tarawikh baca Qur'an 10 juzuk 1 malam.' 'Dan ada wali ni, yang dekat luar negara, khatam Qur'an masa tarawikh 1 malam. Habis saja tarawikh, berkumandang azan Subuh.'
    nak jadi wali ni, senang saja ustaz cakap. Jangan tidur, jangan makan sedap-sedap, sebab segala-galanya ibadat pada Tuhan. 'Macam ustaz, ustaz ni bukan wali, KUwali saja' Hahaha. Kalau ustaz kuali, aku ni tudung periuk jelah kan? :P
    Ustaz ni humble, dia cakap, dia mengajar, tapi dia tak amal pun kadang-kadang apa yang diajar. (Yang ni aku faham, tak semua perkara kita ajar pada orang, tak semua benda kita boleh amalkan) Tapi yang kagumnya, ada jemaah masjid yang dengar ustaz mengajar, lebih hebat ibadatnya daripada ustaz. Kan ustaz dah cakap, wali ni selalunya terdiri drpd orang biasa, yang tak ada basic atau asas agama pun. :) Kita biasa, bukan?
  2. Ada satu peristiwa, tak ingat zaman mana. Ustaz cerita, ada satu ustaz ni, nak pergi melawat seorang kawan dia kat mana entah. Singgah berjemaah di satu masjid ni. tanpa diketahui, imam ni sebenarnya wali. Imam di baca surah, bacaan salah rasanya. Ustaz ni terlintas dalam hati nak tegur si Imam tentang bacaan dalam solat. Usai solat, Imam ni terud cakap dekat ustaz yang tadi, 'Kau tak payah tegur bacaan aku. Kau pergilah cepat cepat menemui sahabatmu itu sebelum dia bertolak.' Macam mana imam ni tahu? Lalu ustaz tadi pun pergilah jumpa sahabat dia, sesampai di destinasi, memang kawan itu dah nak bertolak pun. dah naik kereta kuda dah. Then, si ustaz ni balik semula ke masjid tadi selepas beberapa ketika. Sebab nak tegur tentang bacaan ustaz ni. Sampai di sana, ustaz ni dapat tahu imam tu dah meninggal dunia. Ustaz aku cakap, mungkin Allah nak pelihara Imam ni. *tak sure lah macam mana nak explain. Tapi kejadian ni menunjukkan bahawa betapa ajaibnya imam tu boleh tahu lintasan hati si ustaz?
    Tapi memang wali dia boleh tahu nama orang tu walaupun tak pernah jumpa mahupun bertanya. Itu semua ilham dari Tuhan. Sebagaimana Allah meletakkan ilham pada hati lebah lebah supaya bina sarang mereka yang berbentuk heksagon di tempat tempat tinggi. :)
  3. Ada lagi kejadian lain. Ada sekumpulan ustaz ustaz ni, pergi satu masjid yang imamnya juga wali. Tanpa mereka ketahui. Lagi sekali nak tekankan, wali ni selalunya terdiri daripada orang biasa. Mereka berimamkan imam wali ni tadi. Nak dijadikan cerita, ustaz-ustaz ni terlintas di hati mereka bahawa bacaan wali ni ketika solat tak kemas. Bacaan tak kemas. Baru cakap dalam hati. Nak tahu apa jadi dekat ustaz-ustaz ni?
    entah pagi ke malam entah group ustaz ni pergi mandi dekat tasik. masa diorang tengah mandi, tiba-tiba ada seekor singa datang landing atas baju diorang. Maka menggigillah diorang dalam tasik tu nak keluar tak boleh,. Subuh tu pulak, Imam tu berjemaah tapa ustaz, datanglah hairan. Mana pulak ek ustaz-ustaz ni pergi. Rupanya ada di tasik dah sejuk, tak boleh nak keluar sebab ada singa. Imam wali ni pergi tasik, jentiklah telinga singa ni dan berkata pada haiwan tu ' Kan aku dah kata jangan ganggu tetamu-tetamu aku.' Then singa ni bla. See? Allah dah kata dah, setiap sesuatu (regardless haiwan atau benda pun) akan mematuhi perintah wali. Hmmm. *smiling. See lagi? Itu baru ustaz terlintas dalam hati, belum mengumpat mengata lagi. Dah kena rendam dalam tasik dengan singa. Hehe
  4. Ustaz bagitahu lagi, hehe Kita ni nak jadi wali macam mana? Nabi solat sampai bengkak kaki. Yang kita pulak, bengkak mata sebab banyak tidur. Ouch, that's hurt :)
  5. Ustaz bagitahu lagi, kenapa nak kata baca Yasin tu bidaah malam Jumaaat? kalau ada orang takut masuk neraka sebab baca Yasin malam Jumaat, then dia langsung tak baca apa-apa pada malam Jumaat tu dijamin masuk syurga? Ustaz menyelar ada ustaz tersohor ni, yang menyebarkan fahaman Wahabi. Melarang baca Yasin masa orang mati. Ustaz cerita, dia ada ke rumah orang kaya yang kematian suami baru ni. Kesiaann. Jenazah di tengah tengah, tapi tak ada orang baca Qur'an dan keadaan yang seperti pasar malam. Hingar bingar. Macam ni kalau baca Yasin pun masuk neraka? Tak. See? Jangan sewenangnya nak cakap itu ini haram. Tambah tambah bagitahu dekat orang jahil macam kita ni. Semuaa bidaah. Last last satu ibadah, haram pun tak buat.
Ustaz cakap, senang saja jadi wali, atau nak tergolong dalam golongan wali di akhirat esok esok. Jaga solat, dan pastikan khusyuk.

p/s: "Orang yang paling mulia di sisi Allah itu adalah orang yang bertaqwa."

Sepatutnya hari ni kena hafal ayat jugak, tapi aku pujuk ustaz supaya bercerita lagi pasal wali. Seronok, tapi ustaz cakap aku malas. Hahaha.

Tak kisah pun, :P ustaz sambung cerita dan memang kitorang tak hafal ayat bahasa Arab. ^__^

::Sorry kalay tersalah kat mana mana. Yang Buruk tu disandarkan pada diri aku sendiri::

2 comments:

adikk said...

haii tulisan kasi besa sikit la macha..kesian i yg rabun niiii

NajwaZin said...

Alaaaaa. Adik buat lah besar sendiri. K'udwat besar doh, tapi huduh!