Tabung Elektronik

Tuesday, December 31, 2013

MANISNYA 2013



Mabrook 'alaikum!

Untuk sekian pertama kali aku nak update blog bagi bulan November dan Disember sekaligus. 
Lame ah wawa ni. Lame!. 

Ada 60 hari untuk update entry, namun begitu kesibukan yang hampir meragut nyawa buat saya tak sentap nak sembang kencang dengan diari sendiri. HAHA. 

Lame excuses, again. 

Tapi aku tak tipu, tahu?

2013 hampir berlabuh, 2014 bakal membuka tirai dalam masa lebih kurang 8 jam lagi.

Bagi aku, 2013 banyak kisah suka duka tersendiri. 
Jujur nak bagitahu, 8bulan pertama hati saya memang mendukacitakan perasaan sendiri. 
Banyak kelelahan. 
Antaranya, cita-cita nak sambung study di oversea belum dimakbulkan Tuhan. 
Malahan, sambung belajar di negara sendiri masih tak ada rezeki. 
Itu antara yang terbesar. 
Aku akan cerita lebih lanjut (sekiranya saka rajin datang lagi :P) dalam entri terbaru 2014. HAHA


Namun, sedih tu Allah ambil perlahan-lahan sementelah dijemput pula ke rumah Dia dalam usia yang begitu muda. Aku memang nak pergi lagi. 
Patutlah ada ibu bapa saudara setiap tahun pergi. 

Perasaan seronok melancong tu mana ada (dah nama tempat ibadah kan, melancong apanya -,- ).
Yang pasti, perasaan rindu tu memang bertandang lagi, lagi dan lagi. Biarpun aku ni pendosa tegar. 
MashaAllah. Tetapkanlah hidayah di hati kami, Allahu Rabbi.

Tak mengapalah. 
Sekarang jom kita cerita cerita yang seronok seronok sampai beronok ronok. 

Dalam bulan Februari tahun ni, aku berjaya mendapatkan (?) dua abang ipar. 

Kakcik nikah 13/12/12 (HAPPY ANNIVERSARY!!)

Kakngah nikah 08/02/2013 (Kot?) hahaha (Happy UPCOMING ANNIVERSARY)

Maka, bertambahlah bilangan ipar dalam keluarga kitorang yang tak berapa besar ni. 


 KakNgah's Reception
(The Dayangs are my friends) 
So jangan aneh kalau tengok yang di belakang itu macam kenal :) 


Kakcik's Reception
Jarak resepsi ni selang sehari sahaja. 
Kalau nampak kejap aku gemuk, aku kurus, ha! Itu tandanya mata kamu perlukan bantuan Bomba. 
Apasal Bomba? T_T 



Wedding Reception at Wisma LJT, Taman Melawati

Kalau cerita balik pasal kenduri diorang berdua ni, banyak pulak kisahnya. 
Cuma yang paling aku tak boleh lupa, ada sekali tu tempah kek Secret Recipe.
Harga kek tu cuma RM160-180++ 

Sekali, masa nak pergi ambil kek tu, tetiba cashier person suruh bayar RM350++
Nak pengsan aku dengar. 
Dahlah aku ni penat, handle 2 weddings/ walimah sangat mencabar tenaga fizikal dan batin. 
Satu walimah 8/2/12, satu lagi 10/2/12.

Dengar pulak si cashier ni bagitahu kek dah jadi mahal macam nak tempah gigolo je, terperanjat ai. 
Ai dahlah bawak RM200++. 
Cuak aku. Nak menangis pun hado. Bila masa kek ni berubah harga? Bila masa?? 

-_-'

Aku pun apa lagi, panggil cousin aku yang kat luar tu, cerita dengan suara gigil gigil kau! HAHA
Dramatik sangat. 

Sekali cashier tu panggil. " Akak, salah key in harga"

T__T

I hetchyuuu hundred time.

Legaa. Bayar, settle, done! 

 :: :: :: :: :: :: :: ::  :: :: :: :: :: :: ::  :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: :: ::

Event terbesar bagi sesiapa pun. :D
Alhamdulillah.
Perancangan Allah memang terbagus sekali. 

Inilah jawapan jawapan yang diberi kala aku terperosok di ruang hati terkecil. 
Hembusan nafas yang panas, sering menemani hati yang dingin. Gituuuu. HAHA

Alhamdulillah, AllahuAkbar!

Ummi, Abah, adik beradik, saudara mara, guru guru kesayangan yang memberi didikan tak henti henti, 
rakan rakan seperjuangan..
Terima kasih banyak saya ucapkan. 

Hanya Allah mampu membalas jasa anda semua. 

Kawan baik aku,

::Aini Basri::

Thank you for your endless support. 
Sudi lapkan airmata tangis wawa. 
Sudi push wawa sampai wawa boleh dapat Dean's List. 
My only one DL.

Seriously, momen menjadi pelajar UIAM, sangat indah. Sekurang-kurangnya bagi aku. :')

My ATM / banker: Parents. I love you so much. I am sooo glad to see you smile on my special day, sabar with my good and bad attitude. Thank you, from the bottom of my heart, stomach, bladder and etc :D

Walaupun ternakal sedikit di atas pentas CCAC, you never said anything. hehe 

Daddy's Daughter

Mengancam tak posing weols? haha
Anak Ummi pun ya juga :)


 Ibu kepada bapa saya.


 Yang menceriakan mood. 

Siblings memang tak menyertai konvokesyen aku sementelah dua dua kakak sibuk berpantang.
Apa daya aku, hanya boleh pantang tengok lalu makan :')




 Yang paling menyentuh kalbu saya.

Ummi sudi buangkan yang melekat-lekat di kain tu apa namanya dah? 
I tell you, mood aku terumbang ambing 2,3 minggu sebelum konvo. 

Motif gedik bermula. Dah orang tua excited nak layan cucu, mampu ke nak layan anak dia yang gemuk tapi comel ni? HAHAHA

Ini semua gambar sebelum ke CCAC.

 Graduan Universiti Malaya atau Graduan UIAM? 

Anda pilih. :P




Perkara kedua terbesar untuk baki bulan 2013, yang di penghujungnya.

29Oktober 2013- Allah menghadiahkan Putra 'Ammar Khalilullah buat kami sekeluarga, lebih lebih lagi Kakcik& le husband. (8.05am)

12 November 2013- Allah menganugerahkan Mu'ammar Izz Dzahin pada kami sebelah malamnya. (9.15pm)

Jika uols tak perasan, kedua-dua anak lelaki aku ni keluar pada hari selasa. Waktu sahaja yang berbeza. Pagi dan malam.

Anak saudara stok stok awal memang kuasa aku nak ingat. Kang dah nak masuk anak ke dua ketiga.. Siap ah. HAHA.

Time tu suara aku dah tak lembut dah. Aku train suara jadi mak tiri sikit. HEHE
Garang, tapi penyayang. Aww :P







Bayi bayi memang comel.

Tapi, kalau diorang menangis kelaparan, habislah kau.

Buat apa pun tak kena.

Tepuk dodoi tak jalan.

Susu haruslah diutamakan.:D







Sekian,

Dzahin&'Ammar's  MilkShaker.
[Najwa]



1 comment:

EFNADIA EFFENDI said...

Aaaaah cantiknya cantiknya cantiknya gambar-gambar wedding tu! Seronoknya dpt anak buah dua sekali taaaaau :D

Btw, tahniah for the DL! And graduation! :)