Saod; Ha'ah saod, wawa kerja. Haha Kerja main-main. Thanks for supporting me! By the way, kenapa wawa tak boleh stalk blog saod? -_-' Adakah saya di blok atau di spam? hahaha
Fizah; Kawan2 wawa diorang belum ambik eaw. Semester pendek ni, diorang ambik eop. which is wawa dah ambik 2 sem lepas. ;) Tapi wawa dah drop subjek ni. I cant trust myself la kerja dan belajar. Kerja wawa ni menuntut komitmen. Mungkin akan ke CFS Nilai, PJ dan Kuantan jugak. hehe
Ika; Thanx sebab like. Hehe, ayat poyo memang mengancam hahaha ;P
Trah; Thanx sebab sangat like. Anda punca entri diterbitkan. hehehe ;P
Fizah; Betul. wawa sangat setuju tentang solat sunat dhuha. ;) Baru belajar buat masa 1st sem dekat Gombak. Lambat, tapi tulah. Orang tak cukup ilmu kan. What you did say, sangat banyak membantu wawa. ;)
People up there, thanks a lot for reading my blog, so that, aku rasa at least macam aku ni tak syok sendiri buat blog. ececece. Padahal kau dulu buat blog sebab kau seorang je yang nak baca.
But, how come I know everything get into their track so easily. Ceh ceh ceh. haha. So far, kedengaran belum pathetic lagi kan? kejap, nak tulis kasi pathetic la nih. ;P
One of the main reason, why I do blogging; when I was transferred to Gombak, dunia aku bertukar atau terbalik kuang into 360 degree. Dah takde maknanya bertukar 180 darjah. Kalau dulu, di Kuantan, kita ada problem, senang je, pergi bilik 3.5, 3.6, 3.7 , 3.8 sekalipun, memang ada yang nak layan. Dekat Gombak, ce kau pergi bilik jiran2 kau, nan hado yang nak melayan. Tapi, masa dulu2, aku takde problem pun aku pergi menyemak dekat bilik kawan2, haha. Anytime. Kalau langkah kanan, ada je bebudak ni ajak aku makan, nak kanan lagi?? Diajaknya aku tengok movie atau drama. Korea Jepun dan seumpamanya. Kalau tak, mana ada aku nak layan benda2 ni semua. they are die-hard-fans kot. Aku belum lagi. So far, I adore myself. Hahahaha Menyesal kan, baca blog nih?
Jadi, setahun pertama di Gombak, semuanya sunyi. Semua macam tak bernyawa bagi aku. Impian untuk menjadi student psychology je yang berdenyut2 dalam hati. Membuatkan aku kuat sedikit, kehadiran Durra. The one and only yang dapat bertukar sekali dengan saya. Kami sama2 tak percaya dan terkejut.
Tapi, aku ni kan bangsa kurang bersyukur sikit. Durra ada di sisi pun nak sebak2 lagi teringat kawan2 kan. Even though aku tahu, ''eh, orang sana ingat ke aku?" Entah2, aku je bertepuk sebelah tangan. Aku je yang gedik teringat. To be frank, ramai yang call, and cukup buat saya hiba, 1st week when I was in Gombak. Oh men, this is sooooo unbelievable. Terharu mak! ;')
They were asking "wawa kenapa tak bagitahu tukar kos semua?" "wawa, kitorang sedih" "wawa, nanti kita jumpa lagi" " wawa, goodluck taw dekat sana, nanti datang Kuantan"
Aku tak segan bagitahu, aku menangis sambil menaip entri ni. Anyway, celah mana aku pernah malu kan? hehe
Perkara tu dah 2tahun berlalu. Tapi aku masih ingat dan rasa 'feeling' itu. Sumpah, tak boleh lupa.
Thanks for Dilaila, sebab datang rumah, hantar hadiah, a pencil case, pink color (aku dah cakap dah, orang bagi hadiah mesti pink. please-dont-ask-me-why). Dekat pencil case tu tertulis May you Succeed ;)
*ikon senyum ada tau. bukan aku tambah sendiri.
Hadiah bersama, bantal daripada Nana, warna pink jugak. Tak boleh buat apa dah! haha Aku tahu, ni mesti kes aku kuat membuta. That's why nana kasi bantal. Yang kuat membabi buta tu, orang lain. Bukan aku.
Eha ada bagi buku,
Follow Your Heart
I do and did. I am doing right now, and I did (changed my course). Sesungguhnya, ini adalah perjalanan yang paling sukar buat aku. Tapi siapa yang tahu bahawa aku mampu? ;) Thank to Allah. Terlalu banyak yang diberi, tapi tak termampu aku membalas.
Bulan-bulan pertama, sesi menyesuaikan diri mengambil tempat. Dulu, masa di Kuantan, saya dikenali (*aku ingat Nani yang bagi ni, tapi tak tahu lah kalau dia ingat ke tak hihi) sebagai Lonely Ranger. Mana taknya, saya pergi ke kelas sorang. mana2 pun sorang. Tapi, kalau kita bergerak secara solo, tak semestinya kita tak reti berkawan dan orang tak mahu berkawan dengan kita. Cuma aku selesa bergerak sendiri, berdikari tanpa perlu bergantung pada yang lain. You know, masa usia begini (20, 21, 22 tahun), konflik dengan kawan2 sangat banyak. It happens to all. Tak ada pengecualian. Cukup sekadar lihat orang sekeliling, berkawan dah lama, tetiba geng tu terpecah. Membentuk geng rapat yang baru. Bagi saya, saya fleksibel dengan sesiapa pun. Depends on you, kalau nak berkawan atau tak. Kalau kita berkawan, memang kita boleh ketawa berdekah-dekah bersama. Ketawa mengilai-ilai tu, please do that with err.. hantu.
Jadi, bergerak secara sendiri2 di Gombak, sometimes dengan Durra, bagi saya macam, hey interestingnya dekat sini. Baru terasa university life. Kalau tak, aku tak rasa di Kuantan. Aku tak tahu yang lain rasa macam mana. No hurt feeling okeh? I tetap sayang Kuantan. Cuma cinta lebih dekat Gombak, sebab psikologi dekat sini. ;)
Namun, rasa selesa tu sekejap je. Tak lama kemudian, rasa rindu dendam mula muncul dan saya selalu teresak-esak di atas pembaringan. Peluk bantal Nana, Pencil case Didi, aku dah bawak pergi kelas, letak atas meja, tulisan may you succeed tu wajib menghadap aku. Dan yang membuat aku loser lagi, aku tengok Dura okay gila. Tak menangis pun dia? Aku je kadang2 menangis dalam kelas, lepas tu kena siku dengan Dura. haha She was cuak.
Sem 1 dekat sana, memang sangat kasihan. Bila terasa nak makan piza, cakap dengan abah, delivery jelah kan? then, tanpa aku sedar, aku tercakap depan abah dan kakak, "Alaaaa, teringat makan piza hut dengan member kat Kuantan dulu" (*characters: Asmidar, G'ah kedah, Mek u, Sha..- we ate pizza after MGT class, hari Ahad. Ahad pun ada kelas. Tortured gila rasa. Benci, dan aku dapat C untuk subjek tu. Haha)
Tetiba abah reply, dengan gaya sinikal ;
"Awak dok teringat orang, awak sure sangat ke orang ingat dekat awak?"
Terus akak terdiam. Pizza dah rasa macam tulang kfc dah. Ya, aku tahu, aku terlalu dan terlampau teringat. Buat aku lupa, tak selama-lamanya orang akan ingat kita. Siapalah sangat aku ni pun. Thanks abah, sebab ingatkan. Sedikit terguris, tapi itu fakta. Sejak dari itu, saya tak layan sangat perasaan sedih yang bertamu di hati sebab aku tak nak aku terlalu syok sendiri macam bajet orang terlalu sayang. Mana Ada. Aku tak nafikan memang ada, sampai sekarang ada lagi kawan2 yang selalu cakap "Wawa, rindu." "Wawa, cuti nanti kita jumpa"
Kalau aku jarang membebel dekat facebook, ha nanti adalah yang post dekat wall. Thank you. Aku sangat hargai itu, kerana diriku seolah2 berharga, thanks3!! Kau bajet iklan Loreal ea wa?
Separuh hati menidakkan apa yang abah cakap, separuh lagi menidakkan. Jadi, saya teruskan hidup lagi, tapi masih berhubung dengan beberapa kawan yang setia mesej dan call. Ketika itu, stress nak skor cgpa sekurang2 3.00 sangat menekan2. Masa buat degree Math, takde makna nak hidu 3.00. Allah sahaja yang tahu, macam mana nak compete. Dunia baru, bau persekitaran yang baru. Semuanya baru, kadang2 bawak diri pergi tasik (padahal sekali je) menangis dekat situ. dah ghope orang psiko dah ni. Every 2 weeks balik. So, reda sikit stres. Jumpa family.
Yang buat lagi stres, kawan2 selalu tanya bila nak pergi sana, sedangkan kulliyyah aku terikat dengan kelas ccac (Leadership & Parenting) khusus pada hari Sabtu. Sekali lagi, rasa macam tercampak di Kuliiyyah yang terbiar. Mentang2 budak HS, kelas kita hari Sabtu. Sama keadaan macam di Kuantan, Kulliyyah of Sciences dianak tirikan. Selalu dipandang rendah oleh staf yang bekerja di Kulliyyah of Medicine. Patutlah kerja kau kerani jaga kaunter je. Mentaliti pun mentaliti tahap kedua. Boring gila dengan manusia macam ni. Kau dok lah puja2 budak KOM melangit, macamlah ada chance anak kau kahwin dengan doktor, ahli farmasi pun? Kot ye ada, tak semua kes memihak kepada kau. Sorry to say.
Abaikan yang itu, mana2 tempat pun jadi..
Most things yang saya rindu pasal kawan2 kuantan;
- Diorang tak skema ayam macam budak Gombak. Happening all the time, in their own ways dalam kelas, so kelas macam tidaklah membosankan padahal memang aku tak minat nak study. Fokus tetap ada.
- Dulu, pusing belakang, kenyit2 mata dekat Pija, lepas tu kawan2 sebelah Pija join sekaki gelak. Dekat Gombak, agak2 siapa nak layan aku main dalam kelas?
- Dulu pergi kelas lambat rasa macam eh takpe, kawan2 ada nota yang awal2. So, tak ketinggalan sangat. Dekat sini, takde makna. kalau tertinggal banyak, memang before final exam aku merayap pergi Mahallah Maryam lah, Hafsa lah. nak kena kejar balik semua benda. Dan, benda ini memenatkan. So, datanglah awal. Adakalanya aku me-rebel. Ponteng terus. Habis cerita.
- Rindu nak jalan kaki secara berjemaah. Angkat kon dekat tengah jalan, buat gaya NAbil Raja Lawak. Sumpah, ini favourite, takde siapa berani buat ni dengan aku. Lepas tu, balik mahallah basah kuyup waktu hujan. nak tunggu bas yang sebijik datang KOS balik, memang lama. Balik jelah dulu. Dah lama tak main hujan dengan Nana.
- Rindu pergi makan Zuzana yang sedap gilow tu.
- Rindu rojak depan masjid besar kuantan. Cendol dia. Ni tempat makan dengan tQah rozlin, hana, checa dengan Ara. Pernah dibelanja satu abang ni, haha. Rahmat makan cendol + rojak depan masjid, barangkali? Aku tak pasti gerai rojak mana yang paling sedap kat kuantan tu, tapi yang pasti, saya suka makan depan masjid tepi padang tu. Rasa nikmat yang tak berbelah bahagi. KL takde tempat macam tu.
- Budak2 math ada CTS Lounge, idea Pak Sun yang belajar dekat Jepun. Jual air lah, nasi lemaklah. Sandwich karipap lah. Kadang2, malah selalu beli coklat yang panjang2 dalam kotak. Apa dah nama nya. Rocky eh? Pastu, kalau boleh kongsi 1 kelas. Nikmatnya hidup dekat sana. ;) Semua benda kongsi. Aku bangsa suka bawak air dalam botol besar. Nanti ada lah yang nak mintak. Macam rupa mak bawakkan susu untuk anak2 -_-' ..Sementelah cts jauh dengan kafe. Kafe dekat cts tu sama dengan kafe kak ana. Rasa dah tentu2 lah sama. Bagi can lah orang lain berniaga, as if kau masak sedap sangat. Tempe je pun yang sedap.
- Belajar dengan Jesni, kalau buat latihan sambil ketawa berdekah2 pun dia buat tak tahu. Stres belajar math, tak boleh serius sangat. Teruk sungguh haha. That was me. Sumpah rindu suasana demikian dekat Gombak. Dekat sini takde geng.
- Kalau rasa nak kurus, pergi bawak diri berjogging dekat tasik bandar. Padahal, pergi situ beli kuih makan lepas penat. Tak boleh bla. Kadang2 pergi pagi, balik tu singgah kafe sebab semua orang kebulur nasi lemak. Balik bilik, lepas mandi tidur. Sihat gila hidup masa tu. Memang sangat menyihatkan, bukan? hahah ada masa tu, aku pergi tasik dengan nana, siap beli kuih2 (pisang goreng keledek semua) dekat kafe, gerai pakcik bertopi tu. Elok je nak duduk kat bangku, ada kera datang kejar. hahaha Bongek. Kau kacau daun kau tahu? terkejut akak.
- Saya tak dapat perincikan semua watak dalam 1 entri ni. Sebab kawan2 1 kos 1 kelas. memang ramai, semua saya ingat. Cuma tak tertaip.
Itu baru sedikit sebanyak. Cuma meluahkan serba sedikit.
Padahal tadi kau cakap reason nak buat blog. Sekali keluar semua benda.
The thing is, I do blogging because to share my words with kuantan's friends. I have no credit to text every day, call each second. Saya mahu update cerita secara live dekat semua. Tapi saya tahu itu mustahil, tapi tak mustahil lagi dah after having a blog.
Kemudian, lepas aku buat blog je, aku perasan member2 tak contact sangat. Diorang dah tahu cerita aku. Habis tu, yang aku confuse sekarang, macam mana aku nak check cerita diorang.
HabaQ mai. Aku curious ni.
5 comments:
laaaa... akak buat touching plak, kan syuib ade.. haha, nak guling2 pon bole, lulz
wa...nape wat cite sediy ni..sob3..sayu kot bace...
dunt worry, fb kn ade..bly stalker member3 yg dirindui..hee...
saranghaeee....
ARIFAH
wa...nape wat cite sediy ni..sob3..sayu kot bace...
dunt worry, fb kn ade..bly stalker member3 yg dirindui..hee...
saranghaeee....
ARIFAH
kat gombak xde ke kawan2 yg rapat jugak?cam nak ajak main2,wat keje gile?ur classmates?
hehe dah drop ke?bagus le..buat keje elok2 ye ^_^
*Anon a.k.a Cueb; Takde la touching mana kan? Cerita kan kena over. hahaha Skema je akak tgk cueb ni. Nak ajak main? hahaha Adoii.. Guling2? Lagi laaaa. haih.
*Arifah; Heyyyy!!! dia baca blog kiteee? hehehe Stalk through fb tak puas la.. haha cerita live la sedap. hikhik
*fzah; yang rapat tu berkawan sejak matriks, tu pun diorang nak grad dah. kwn kelas xrapat mana. Nak wat gila2 pun x sangat. teman belajar only. hehe
Post a Comment