Tabung Elektronik

Sunday, December 18, 2011

AGAIN


Now I'm waiting for my Mee Goreng Mamak. *sigh. Lapar. :P

Kaki aku melecet. Selipar Baru.

Dah agak dah, kalau beli selipar murah memang macam ni. Tak kisahlah aku kena beli kasut mahal sedikit, asalkan kaki tak sengsara..

Pergi kelas tadi, tempat melecet dah gelembung. Ada air dalam tu.

Mintak nasihat kawan apa nak buat. Tetiba ada budak ni cakap.

"Kan senang pakai stoking?''

p/s: terkena lagi -___-"

Kita ni dalam segmen usatzah pilihan ye.

Friday, December 16, 2011

WHO SAYS?


Ada beberapa info yang nak aku tambah daripada post sebelum ni.

Entri 'Inspirasi Sanubari' :)

Aku semalam bukan main feeling update blog. Lepas tu lupa point apa yang feeling sangat tu kan..

Tapi dah ingat dah :)

Nak menyingkap balik sejarah 2011, banyak luka sebenarnya. Nak cerita panjang panjang pun, masa tak mengizinkan. Dengar apa yang ustaz cakap semalam cukup buat aku merenung panjang.

Oleh sebab aku ni suka benar nak ingat yang sedih, macam kan t
ak ada benda lain nak ingat. Padahal aku ni gelak memanjang. Tasik hati tak ada siapa yang tahu. :')



Ustaz pesan, tak mengapa orang hina kita. Tak apa orang buat macam macam dekat kita. Tak apa.

Kenapa?

Sebab kita bukan orang mulia. Yang mulia ni Nabi saja.
Kan?
Bila aku fikir kan balik. Eh, betul jugak.


Alangkan Nabi sendiri pernah kena lempar tahi ketika solat, yang kita nak melatah lebih lebih apasal? Lebih lebih lagi bila orang buat jahat dekat kita.

Satu-satu ayat yang aku tak boleh lupa adalah, 'Tenure baru ni seakan-akan bala pada tahun ni'.

Bala isnt a nice word though. Sepanjang aku terlibat dalam sebarang aktiviti dekat sini atau mana mana, itu pertama kali orang panggil kita bencana.


Aduhai.

Kita memang tak boleh puaskan hati orang. Tak pern
ah.

Manusia tu 1001 Ragam. How can we understand them all? Even hati sendiri kita pun tak faham, kan? Contoh dekat lah. Kita admire orang pun, kita keliru, ni suka ke cinta? Haaaa.

Complicated hearts, complicated way of thinkings.

Everything is hard on its way.

Menyampahlah nak hurai satu satu.
But satu jelah aku nak cakap. Pengajaran 2011 paling banyak mengajar
aku sebenarnya.

Bila ada hal lain yang boleh menimbulkan kegalauan di hati, bila toleh belakang merenung kisah silam, you will say, 'Alahai..Benda macam ni pun nak kisah ke? People, grow up please.'

Then boleh sambung study macam tak ada benda pun. Sometim
es, kalau someone hurts me, Ahhhh. Ada ke aku Kisah? Kalau kau tak suka, tolonglah kau yang blah. I'll stand here and just carry on. Yang isunya, kau tak suka aku. Asal aku nak blah? Kalau kau tak suka, kaulah blah! Hahaha

Macam gituu, hidup ni tak boleh nak give up cepat sangat. Jangan menyerah kalah. Memanglah perempuan tu lembut, but somehow kalau lembut selalu tu
bukan dah kategori santun. Itu LEMBIK!

Sem lepas, betul betul menyeksa jiwa raga aku. Dengan midterm aku fail 3 paper. Final Alhamdulillah survive. Itu pun macam nak mati je belajar. *Tipu je. Padahal tidur lagi banyak daripada study hehe.

Aku tengok sem ni, ramai member yang depressed, stress! Semu
a macam nak mengalah. Dont be, people. Aku yang lembik lotek ni boleh struggle, lawan those feeling yang. alahai.. Kalau layan lagi menjadi. Bukan mudah nak lawan, tapi tak adalah sampai mustahiil.

Maybe aku ada satu pegangan. Aku dah waste time and my parents money A YEAR for my study in Kuantan. So, nak tak nak, aku kena survive jugak dengan Psychology. Ada tak patut kita nak gadaikan masa depan sebab terciptanya watak-watak bodoh like Giant yang datang interframe dalam life kita, then blah. Tetiba kau nak feeling sedih berta
hun tahun. Tak yahlah.

*Giant: boleh diertikan sbg musuh kau ke, ex-gf ke, ex-bf ke, atau sesiapa yg kau benci.

Bila lama lama, kau akan berfikir, sampai bila nak benci orang pun? Esok lusa pergi supermarket, tetiba nampak dia jaga cashier. Kau dah beratu kemain panjang, tetiba nak lari kenapa?


So, bagitahu aku, siapa loser sebenarnya?

Remain calm, baby.

Ustaz cakap, biarlah orang hina kita mengata kita benci kita ke apa.
Pahala dia tu, Allah boleh ambil dan bagi dekat kita. Susah a
pa?

Kalau orang berhutang dengan kita pun, tak bayar, sampai mati ke tak bayar. Tak apa. Setiap pahala amalan perbuatan yang dia buat tu, Allah kasi dekat kau yang bagi hutang ni.
Esok esok dekat akhirat biarkan Allah yang tentu,. See?


Jangan pening pening dah. Esok esok stress, darah tinggi, kau jugak yang nak bayar bil hospital. hehe

Lagi satu ustaz ada pesan. Solat lagi.

Solat kita ni, kan semalam sibuk nak dibangkitkan akhirat esok esok, kau nak dibangkitkan dalam golongan wali kan? Ustaz cakap jaga solat. Khusyuk tu kena!

Malaikat ada untuk kira berapa peratus khusyuk kita ni. Kira, eh 1%. Eh, 2% khusyuk je. Jadi apa?

Mana nak jadi apa apa.

Allah nak 100% khusyuk. Kurang kurang 80% 90% tu dah biasa dah.

Ustaz tambah, khusyuk 2% ni macam mana? 'Yang tengah sembahyang boleh cakap gini: Ehh, ni rakaat ke3 atau ke4?'

Berderau kejap darah aku. Bukan apa, ni selalu jadi dekat aku sendiri. Bukan orang lain pun.

'Yang tengah sembahyang pun sibuk duk rasa lapar lah apa lah.'


Ehehe. Ni memang aku sangatlah.

Then, ustaz tambah lagi dan lagi.

'Bila malaikat bawak solat kita ke langit, Allah lempar balik so
lat kita ni, tak nak terima.'

Fuhhh. Macam kena lempang kejap. Selama ni penat sebab tertonggeng jelah. Khusyuk tak ada. Rupanya Tuhan tak terima.

Panggggggg! Cam kena pelempang. Padan muka aku. Patutlah exam selalu dapat biasa-biasa. :'(

Bila lagilah aku nak jumpa ustaz ni.
Semalam last class.


Bila fikir panjang, sebenarnya, yang kita lapar kan sangat tu, bukan makanan utk fizikal. Tapi makanan rohani.

Makanan rohani untuk jiwa. Usrah.

Dah 3 tahun dekat sini, tapi aku jaranggggg sangaaaaattt pergi usrah. Sampai aku terfikir, kalau aku dah grad.. mesti rugi gila tak pernah tambah ilmu dekat di
ri sendiri masa study.

Cukup-cukuplah dengan aktiviti *sosial* menjadi YB tak bertauliah sampai tak balik rumah.

Mana taknya, kerajaan nak graduan berkualiti, boleh perfor
m dalam study dan communication skill segala. Bagi aku, aku dah cukup benda benda ni.

Bukan mendabik dada, tapi kalau setiap kali kau buat program, kau akan jumpa jenis manusia yang sama. Sampai satu tahap macam sekarang, kau fed up. Lepas tu nak termuntah tengok manusia macam ni. Boleh tak aku lempang orang macam ni
berdas-das? :D

Last last, kerja tak buat. Layan hati perasaan je lebih., LAME.

Da, cukup! Aku tak nak jadi lame lagi.

Sekarang ni pun, ada banyak rezeki depan mata aku.

Aku sedang belajar untuk menolak sedikit demi sedikit.

Bukan kufur nikmat, dalam Qur'an tak pernah pulak ada perkataan tu.

So, kalau dulu malaikat pernah offer kekayaan dan kemewahan buat Nabi Muhammad, berbukit bukit emas, then Nabi tolak. Kita nak cakap Nabi bodoh ke tolak semua benda tu?

Mestilah tak, kan?
Kenapa Nabi pilih jalan yang payah? Bilik tidur Nabi, sebesar ini: bila Nabi tidur, kaki dan kepalanya bersentuhan dengan dinding. Cuba compare dengan rumah kita. *senyum

Bagi aku, ada dua perkara yang pasti aku nak kejar. Ijazah a
ku.
Itu untuk kepuasan diri dan parents.

Yang kedua, baru aku reti nak cari: Ilmu agama.
Aku je tahu banyak mana jahil aku ni.

So, mari kurangkan jahilness ni sama sama. So that, esok esok kerja karang, ada orang tanya hukum hakam ke apa, at least kau tahu. Tak adalah nama uia, tapi bila tanya bab bab agama, tunduk je.

Masa yang ada ni aku nak guna elok elok. Siapa ada group
usrah, boleh ajak aku sekarang.

Sebab aku tak pernah berhenti percaya bahawa, kalau kita k
ejar akhirat, nescaya dunia akan mengejar kita. Aku ada satu cerita. Tapi aku malas dah sambung. Nak solat ZOhor. Kang lambat-lambat tak boleh tergolong dalam golongan wali pulak nanti. hehe


Just my 2 cents. :)







Thanks for Coming!

Khamis Lepas, Khamis Indah.

Dapat jumpa my ex-roomates dari Kuantan.
Terjumpa. Seriously TER.
Haha, Jumpa depan waqec. Time ni aku jalan macam Ribut, nak pergi jumpa one of the researchers. Sekali toleh kanan, nampak ada kereta waja hitam, ada cop 'IIUM Kuantan'.

Dah biasa, so tak ada excited sangat. Tapi lepas tu, ada orang jerit nama aku.
Toleh lagi, undur setapak, ehhhhh!!! JIJI dengan SUE! hehe:)

Tak lepak lama mana pun. Sebab they ols ada kelas law dekat sini. Bawak pergi makan dekat kedai Arab jap, sebab Sue teringin makan nasi kambing katanya. So, these are the photos.

Banyak tahun dah tak jumpa. Sobs :')


Jiji & Sue.

Bekas kawan sebilik dan jiran bilik. Haha

Yummeahhh!
12.90 sepinggan, harga okay kot.

Tapi cukuplah makan sekali 1 sem. Kopak karanggg. :P



Syukur Tuhan, diberi kesempatan untuk bertemu.

Aku ni kan, dah naik penat nak arrange plan nak gerak pergi Kuantan. Tak pernah nak menjadi.
Tanpa biiznIllah, semua perkara tak mampu berjalan.

Sesungguhnya, aku bukan sengaja mungkir janji, tapi keadaan tak pernah mengizinkan. Maca, this week, supposed to be aku pergi Kuantan. Kurang-kurang bertolak semalam. Tapi nak buat macam mana, sabtu ahad pun ada kelas skill ganti. So sad, cikgu kan baru balik buat haji. So, banyak sangat belum siap.

p/s: Eh, doakan aku please. Mood Rajin sangaaaattt nak update blog. Update nota final tak cukup rajin pulak. ;(


Thursday, December 15, 2011

INSPIRASI SANUBARI

HAHAHAHA.

Comel gila tajuk.
Tapi ini serius.

habis kelas Arab terus update, takut lupa. :)

Sesuai dengan tajuk, entri ni berilmiah dan ber'tarbiyyah juga.

Actually, aku frust sedikit dengan semester ni. Ketiadaan ustaz ke Mekah membuatkan ada 3 ustaz dan ustazah yang lain mengganti dan bukan itu saja. kaedah belajar dari ketiga-tiga guru sangat berbeza.

Maka, bila dah jadi begitu, aku pening.
Keliru dengan apa yang diajar dan belajar.

Setiap guru punya cara masing masing, dan untuk penuhi kesemuanya bukanlah mudah, tetapi tak juga mustahil.

Tak kisahlah, ustaz pun dah balik.
Balik siap bawa cincin. thanks ustaz. :)

Baiknyaa.
Buat pengetahuan semua, guru menjahit aku pun bawa pulang keychain untuk semua students. So, semua dapat.
tapi yang paling menyentuh hati adalah ingatan buat pelajar-pelajar yang berjihad (belajar pun sejenis Jihad) di malaysia. Padahal, kedua-dua guru itu masing-masing ingin merebut gelaran haji mabrur, haji yang diterima Allah. Mudah mudahan. :')

Sambung balik cerita tadi.
I just back from the Arabic class.
Ada satu ustaz ni, Ustaz M.S nama dia (UMS).

Masa dia ganti kelas, dia mesti cerita pasal wali wali. Macam mana nak jadi wali. naktergolong dalam wali. Dalam banyak-banyak usrah yang aku hadiri, ini yang paling menyentuh hati. :")

Okay fine, Aini dekat sebelah dah cakap banyak. Nak feeling pun tak volehhh.Hahahaha. (Sebak ni sebak)


Sambung, sambung.

Dulu, asal ustaz ni masuk kelas, aku gelisah. Bukan apa, dia bagi kitorang 10 ayat Arab, then hafal 5 contohnya, siapa pergi buat lisan dengan dia, boleh balik dulu. hahaha. Gila kau tak berdebar. Masa last class, dia bagi 15. Suruh baca 6. Ahahaiiiii.

Itu pun mula mula dia nak kasi 20. 20 ustazzz?????.

Tapi itulah dia.

Sebelum kelas ni, dia cerita pasal orang yang boleh tergolong dalam golongan wali. Bukan jadi wali. Tapi orang biasa, macam kita, tapi bila dibangunkan di akhirat kelak, kita tergolong di kelompok para wali kekasih Tuhan.

Ada sejenis doa biasa yang kita jumpa, tapi kita tak tahu kalau kita baca doa tu dibaca 25 kali sehari, kita boleh jadi kekasih Allah. Ni bukan ajaran sesat tu. Aku ada doa tu, aku sempat salin dan sempat suruh ustaz check.

Doanya senang, tapi aku tak hafal lagi. Dan belum amal.

Kita ni senang je cakap nak jadi itu ini. tapi sampai part nak melaksana, itu yang kita selalu fail.

Betul cakap ustaz, senang je nak jadi wali. Tapi cuba tengok berapa ramai boleh baca doa ni seminggu berturut turut. Kalau ada pun, baca 2,3 hari, then lupa.

Tak payah cakap orang, aku sendiri ingat nak baca hari-hari tapi tak terbaca. Kuat kan godaan syaitan tu?

Itu pasal doa. Cerita ustaz banyaakkkk sangat pasal wali. Antaranya:

  1. Ustaz cakap, golongan wali ni sebenarnya masih wujud pada zaman sekarang. Sebab Allah dah kata, golongan ini memang wujud pada setiap zaman. Sorry, aku tak boleh nak sertakan mana-mana hadith atau ayat Qur'an. Kau nak percaya, kau percaya je. Tapi bukan sebarangan percaya. Because I know that ustaz. To believe what I wrote/ write, that is your choice.
    balik pada cerita.
    ustaz cakap lagi, kalau tak percaya, 'Meh ikut ustaz tarawikh dekat masjid mana-mana, tengok ada golongan wali ni buat tarawikh baca Qur'an 10 juzuk 1 malam.' 'Dan ada wali ni, yang dekat luar negara, khatam Qur'an masa tarawikh 1 malam. Habis saja tarawikh, berkumandang azan Subuh.'
    nak jadi wali ni, senang saja ustaz cakap. Jangan tidur, jangan makan sedap-sedap, sebab segala-galanya ibadat pada Tuhan. 'Macam ustaz, ustaz ni bukan wali, KUwali saja' Hahaha. Kalau ustaz kuali, aku ni tudung periuk jelah kan? :P
    Ustaz ni humble, dia cakap, dia mengajar, tapi dia tak amal pun kadang-kadang apa yang diajar. (Yang ni aku faham, tak semua perkara kita ajar pada orang, tak semua benda kita boleh amalkan) Tapi yang kagumnya, ada jemaah masjid yang dengar ustaz mengajar, lebih hebat ibadatnya daripada ustaz. Kan ustaz dah cakap, wali ni selalunya terdiri drpd orang biasa, yang tak ada basic atau asas agama pun. :) Kita biasa, bukan?
  2. Ada satu peristiwa, tak ingat zaman mana. Ustaz cerita, ada satu ustaz ni, nak pergi melawat seorang kawan dia kat mana entah. Singgah berjemaah di satu masjid ni. tanpa diketahui, imam ni sebenarnya wali. Imam di baca surah, bacaan salah rasanya. Ustaz ni terlintas dalam hati nak tegur si Imam tentang bacaan dalam solat. Usai solat, Imam ni terud cakap dekat ustaz yang tadi, 'Kau tak payah tegur bacaan aku. Kau pergilah cepat cepat menemui sahabatmu itu sebelum dia bertolak.' Macam mana imam ni tahu? Lalu ustaz tadi pun pergilah jumpa sahabat dia, sesampai di destinasi, memang kawan itu dah nak bertolak pun. dah naik kereta kuda dah. Then, si ustaz ni balik semula ke masjid tadi selepas beberapa ketika. Sebab nak tegur tentang bacaan ustaz ni. Sampai di sana, ustaz ni dapat tahu imam tu dah meninggal dunia. Ustaz aku cakap, mungkin Allah nak pelihara Imam ni. *tak sure lah macam mana nak explain. Tapi kejadian ni menunjukkan bahawa betapa ajaibnya imam tu boleh tahu lintasan hati si ustaz?
    Tapi memang wali dia boleh tahu nama orang tu walaupun tak pernah jumpa mahupun bertanya. Itu semua ilham dari Tuhan. Sebagaimana Allah meletakkan ilham pada hati lebah lebah supaya bina sarang mereka yang berbentuk heksagon di tempat tempat tinggi. :)
  3. Ada lagi kejadian lain. Ada sekumpulan ustaz ustaz ni, pergi satu masjid yang imamnya juga wali. Tanpa mereka ketahui. Lagi sekali nak tekankan, wali ni selalunya terdiri daripada orang biasa. Mereka berimamkan imam wali ni tadi. Nak dijadikan cerita, ustaz-ustaz ni terlintas di hati mereka bahawa bacaan wali ni ketika solat tak kemas. Bacaan tak kemas. Baru cakap dalam hati. Nak tahu apa jadi dekat ustaz-ustaz ni?
    entah pagi ke malam entah group ustaz ni pergi mandi dekat tasik. masa diorang tengah mandi, tiba-tiba ada seekor singa datang landing atas baju diorang. Maka menggigillah diorang dalam tasik tu nak keluar tak boleh,. Subuh tu pulak, Imam tu berjemaah tapa ustaz, datanglah hairan. Mana pulak ek ustaz-ustaz ni pergi. Rupanya ada di tasik dah sejuk, tak boleh nak keluar sebab ada singa. Imam wali ni pergi tasik, jentiklah telinga singa ni dan berkata pada haiwan tu ' Kan aku dah kata jangan ganggu tetamu-tetamu aku.' Then singa ni bla. See? Allah dah kata dah, setiap sesuatu (regardless haiwan atau benda pun) akan mematuhi perintah wali. Hmmm. *smiling. See lagi? Itu baru ustaz terlintas dalam hati, belum mengumpat mengata lagi. Dah kena rendam dalam tasik dengan singa. Hehe
  4. Ustaz bagitahu lagi, hehe Kita ni nak jadi wali macam mana? Nabi solat sampai bengkak kaki. Yang kita pulak, bengkak mata sebab banyak tidur. Ouch, that's hurt :)
  5. Ustaz bagitahu lagi, kenapa nak kata baca Yasin tu bidaah malam Jumaaat? kalau ada orang takut masuk neraka sebab baca Yasin malam Jumaat, then dia langsung tak baca apa-apa pada malam Jumaat tu dijamin masuk syurga? Ustaz menyelar ada ustaz tersohor ni, yang menyebarkan fahaman Wahabi. Melarang baca Yasin masa orang mati. Ustaz cerita, dia ada ke rumah orang kaya yang kematian suami baru ni. Kesiaann. Jenazah di tengah tengah, tapi tak ada orang baca Qur'an dan keadaan yang seperti pasar malam. Hingar bingar. Macam ni kalau baca Yasin pun masuk neraka? Tak. See? Jangan sewenangnya nak cakap itu ini haram. Tambah tambah bagitahu dekat orang jahil macam kita ni. Semuaa bidaah. Last last satu ibadah, haram pun tak buat.
Ustaz cakap, senang saja jadi wali, atau nak tergolong dalam golongan wali di akhirat esok esok. Jaga solat, dan pastikan khusyuk.

p/s: "Orang yang paling mulia di sisi Allah itu adalah orang yang bertaqwa."

Sepatutnya hari ni kena hafal ayat jugak, tapi aku pujuk ustaz supaya bercerita lagi pasal wali. Seronok, tapi ustaz cakap aku malas. Hahaha.

Tak kisah pun, :P ustaz sambung cerita dan memang kitorang tak hafal ayat bahasa Arab. ^__^

::Sorry kalay tersalah kat mana mana. Yang Buruk tu disandarkan pada diri aku sendiri::

Tuesday, December 13, 2011

C & F

Meh sini meh. Aku nak promote satu benda kesukaan aku.

Warning!>> Bahaya untuk pesakit diabetis.


Hey cute people, this is my cute sister.
:)
Hahaha

This is my cute-taste-icecream
Hahaha
Sedapnya!

Malu nak cakap, entri ni dah terperuk lama. Sebabnya ada problem dengan gambar ni, dah transfer dalam phone sony, tetiba bila nak transfer dalam lappy, gambar tu tak valid atau bahasa kampung dia, tak ada. Haha. Valid tu bahasa bandar sikit :P

Eh, eh. kenapa tercerita ni? Nak transfer gambar ada masalah pun nak beritahu.

Tak apa lah, blog aku pun kan? Bukan blog kau kan. Kan? KahKah!

Okay, sambung cerita. Nanti orang tak suka.

Masa adik saya balik baru-baru ni, sekitar bulan 7,8 daan 9.. Kitorang berjimba dekat KLCC. Masa tu saya bekerja, so ada wang sedikit, so boleh belanja my lil' sister benda ni. Sebab bila skype, aku dok lah menyebut benda ni. Teringin sangat lah gamaknya, nak makan seorang seorang macam tak masyukk. So, kita tunggu adinda pulang. Tak nampak macam Loser, makan aiskrim alone. Kena makan ramai ramai, so kesejukan itu akan dapat dirasai hingga ke hari ni. Haha. Acah je.

Aiskrim ni best hoi!. Sebab dia cute macam dalam cerita Korea. :')

Sekarang ni kalau tak sebut Korea tak sah lah.

Tapi saya bukan peminat tegar Korea, adik saya tegar. Tegar betul dia. Sibuk suruh cari City Hunter, nak kasi dia tengok bila balik tahun depan. Kau ni kalau balik minggu depan takpe jugak nak suruh aku save kan. Takat balik next year, aku delete balik! Hahaha.

Eh, sambung. Sambung.

Aiskrim ni macam dalam cerita BOF. Malas aku nak sebut heh, budak sekolah je hot hot cerita ni. Aku layan yang Jepun je. Hana Yori Dango :D

Okay, dalam cerita tu yang perempuan (heroin dengan best friend) dia makan aiskrim lepas best friend dia kena dumped dengan mamat koya itu.

Yang bestnya, kita pilih flavor apa nak, then dia akan satu kan aiskrim tu di atas (apa entah) nama dia, lenyekkan sekali dengan pilihan yang kita (gummy bears @ kit kat @ mars @ et cetera)

Mungkin pada anda ini tak cute, tapi bagi saya ini adalah mengujakan! Haha (adik, aku perlukan kau back-up aku) :D

Cuba lihat gambar di bawah:




Mungkinlah tak berapa jelas. Tak kisah lah jelas ke tak. Yang penting cute mute :)

Ni dia gumpal gumpal before lenyek lenyek. Heeee.
Ouh, Saliva berceceran
Dia rasmi dulu.
Kita ambik flavor gap doh dik?
Tak ingat. Tapi sedap.

Moga dimurahkan rezeki lagi untuk berjumpa. Woha!


Price: Quite expensive for people like me yang tak bekerja lagi ni.
Tetapi, ais krim ini lebih memuaskan hati berbanding Baskin Robin.
It's cheaper than BR.
The taste is better than BR.
Tak rugi.
Kalau stress berbulan bulan buat assignment semester ni, it is worth it kalau
beri ganjaran yang sedikit lumayan dekat diri sendiri.


Cukup menikmati. :)

Okay, itu saja entri kali ni yang bertemakan sedikit kanak-kanak. Esok lusa kang aku update entri yang berciri matang sikit.


Sunday, December 4, 2011

LAST NIGHT

















Okay, Aku tulis dekat bawah saja cerita entri yang ni. Kenapa entah nak update blog susah kebelakangan ni.

Wifi tu memang lah slow, tambah tambah dekat bilik.

Entri ni cerita pasal Annual Grand Dinner untuk course aku.

Aku emang sahih tak pergi kalau ada event cam ni. Cumanya kali ni, aku dah terjadi committee AGD, so haruslah aku pergi, ya tak?

So, honestly, I bought a kain and send it to the taylor (takkanlah cik wawa) jahit sendiri? :P

I made a long dress, and of course you can call it jubah as well. Apa sangatlah fesyen yang kau boleh pakai untuk event uia ni? Melainkan dapat kemurkaan orang lain dan Tuhan.

(motif kan ayat aku tU?) Anyway I didnt mean anything.

So, tengoklah sendiri.

Sometimes we dont have to go to butiqeue or expensive mall atau shop untuk dapatkan baju yang vogue very the diva.

Just by your own material, get it to the taylor, design by yourself. Tadaa.

Jadi lah gown macam aku pakai tu.

Sila cuba.

Aku nak update entry berzaman yang lain pulak :)

Thursday, December 1, 2011

astaghfirullahal'azimm


Tadi kan, sikit lagi aku nak merempan dekat kedai.

Sikitttt je lagi nak keluarkan aura Puan Nazipah. Sikitt lagi. Nasib baik ingat Tuhan.

Sorry ye kakak pendek, lepas tu kau kerek-kerek. Memang kau dah hilang pelanggan paling berpotensi. Dan juga paling cute (?) Mungkin lah kan. Hahaha

Pedih hati aku, macam nak jahit jahit badan kakak ni. Serius macam Lanch.




p/s :

Al-Fatihah buat muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia. Termasuk datuk kepada Zubair, dan pemilik kafe Mahallah Ameenah yang meninggal pada petang dan pagi tadi.

Kematian yang tergesa-gesa dan menggesa. Janji Dia. PASTI.