Umi sudah berulang-ulang menghubungi adik saya sebenarnya. Bertanyakan keadaan sebenar.
Adik pun tak pasti apa yang berlaku kerana mereka hanya mendengar bunyi bising di luar kediaman.
Benar. Mengapa tidak dibawa pulang. Ada rakan yang bertanya.
Memandangkan kita tidak tahu keadaan ini bila akn reda, kita tiada peruntukan kecemasan. Tambah pula cuti hanya 3minggu. Lagi, adik bukan keseorangan di sana.
Rakan2 seperjuangan ada menemani. Bukan mahu membahayakan keselamatan adik, tapi biar adik lawan kelemahan, menjadi sekeping kekuatan buat teman2 beliau yang lain.
Lagi pula, perjalanan ke lapangan terbang semestinya berisiko.
Dan saya difahamkan, tempat kejadian berlaku di bandar. Mungkin di sekitar cairo (al azhar, iskandariah dll). Manakala adik di Mansoura, universiti di kawasan pekan tetapi masih perlu berjaga-jaga (tempat orang kan). K'ude runsingkan adik. =( tapi mudah-mudahan adik selamat taw.
Mesej dari adik; "Dalam rumah kena bergelap. Tak boleh pasang lampu."
Kerajaan memutuskan untuk blok internet, kemasukan dan pengeluaran wang. (untuk mengelakkan campur tangan pihak luar uols.)
Saya juga diberitahu bahawa rumah perlu ada bekalan makanan selama sebulan. Adik bagitahu umi, ada gandum je. Alahai, macam cerita ali baba.
Mintak tolong semua, doakan warga Mesir selamat. Semoga segala rusuhan berakhir dengan aman. Semoga kerajaan bijak menangani masalah negara.
Begitulah. Setiap tempat ada masalah.
Semua ini Jihad. oh!
Menimba ilmu itu jihad. Aku taknak sedih sebab mak bapak aku okay je tengok. Semua okay. Pasti! insyaAllah.
Kalau aku ada duit, aku fly g Egypt teman adik. tsk,tsk,tsk.
Tak lupa titipan doa buat mangsa banjir di Johor.
Semoga anda di bawah lindungan-Nya. =)